awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PasLeak: Imej Pas tidak terjejas - Abdul Hadi

Bernama
Bernama
29/04/2022
08:52 MYT
PasLeak: Imej Pas tidak terjejas - Abdul Hadi
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata hubungan antara pemimpin Pas dengan pemimpin UMNO juga tidak tergugat disebabkan penyebaran dokumen tersebut. - Gambar fail
MARANG: Pas yakin isu penyebaran dokumen 'PasLeaks' tidak akan menjejaskan imej parti tersebut, kata Presiden parti Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata sehingga kini, Pas sentiasa menerima pertambahan ahli baharu.
"Sehingga hari ini, tiap-tiap bulan kita terima ahli baharu. Tidak kurang dari 1,000 ahli baharu, kadang-kadang 2,000, 4,000 pun ada ahli baharu," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha mingguan di Masjid Rusila di sini hari ini.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata hubungan antara pemimpin Pas dengan pemimpin UMNO juga tidak tergugat disebabkan penyebaran dokumen tersebut.
Sebelum ini, tular menerusi media sosial beberapa keratan dokumen didakwa minit mesyuarat Pas yang mempunyai pelan atau gerak kerja parti itu untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata polis sudah memulakan siasatan terhadap kes berkenaan dan akan memanggil semua ahli politik disebut dalam minit mesyuarat yang tular itu.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan Pas tidak akan menyertai kerjasama politik atau 'khemah besar' yang dilapor dicadangkan pemimpin pembangkang tertentu untuk menghadapi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Jelasnya, Pas akan terus mempertahankan agenda perpaduan ummah dengan hanya bekerjasama dengan parti-parti terbesar orang Islam iaitu Bersatu dan UMNO, selain badan-badan bukan kerajaan Islam dan kumpulan serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem.
"Kita tidak ikut khemah kerana dalam khemah itu ada 'tikus', 'kucing', ada macam-macam. Segalanya ada dalam khemah itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PasLeak
#Abdul Hadi Awang
#PAS
#UMNO
#Khemah Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan