awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU 2025: “Dr Akmal, teruskan!", Tok Mat pertahan peranan Pemuda sebagai loceng kecemasan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
14/01/2026
13:59 MYT
PAU 2025: “Dr Akmal, teruskan!", Tok Mat pertahan peranan Pemuda sebagai loceng kecemasan
Mohamad berkata, keberanian Pemuda untuk menegur dasar kerajaan yang merugikan orang Melayu adalah sebahagian daripada strategi parti menjaga kepentingan rakyat. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO terus diberikan mandat penting dalam perjuangan parti apabila ia diiktiraf sebagai ‘loceng kecemasan’ dalam Kerajaan Perpaduan.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, keberanian Pemuda untuk ‘menjerit’ dan menegur dasar kerajaan yang merugikan orang Melayu adalah sebahagian daripada strategi parti menjaga kepentingan rakyat.
“Dr. Akmal (Saleh), Pemuda, teruskan keberanian kamu tapi jadilah pembangkang konstruktif dari dalam kerajaan. Jika ada dasar kerajaan yang merugikan Melayu atau menekan rakyat, Pemuda yang akan bangkit dan menyanggah terlebih dahulu,” katanya.
Beliau menegaskan, Pemuda bukan sekadar penggerak aktiviti politik, tetapi juga benteng parti yang memastikan suara rakyat tidak diabaikan.
“Tugas Pemuda memang pembingit dan rebellious. Tugas Pemuda menjadi loceng kecemasan,” tambahnya.
Dalam pada itu, Tok Mat menyeru Pemuda agar mengambil peranan secara bertanggungjawab dengan membina naratif positif bagi orang Melayu dan rakyat secara keseluruhan, berbanding sekadar mengejar populariti atau politik media sosial.
“Rampas naratif 'Hero Rakyat' daripada pembangkang. Buktikan Pemuda UMNO yang paling efektif menjaga Melayu, bukan mereka yang hanya pandai main sentimen,” katanya.
Jelas Mohamad, peranan ini dianggap penting kerana ia menandakan bahawa walaupun UMNO berada dalam kerajaan, parti itu tetap bersikap kritis terhadap sebarang dasar yang boleh menjejaskan kepentingan rakyat.
Topic Berkaitan
#Muhamad Akmal Saleh
#Mohamad Hasan
#PAU 2025
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan