awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2020 diharap noktahkan segala persoalan dalam UMNO - Shahril Sufian

Bernama
Bernama
25/03/2021
21:11 MYT
PAU2020 diharap noktahkan segala persoalan dalam UMNO - Shahril Sufian
Shahril Sufian Hamdan berharap segala masalah yang timbul dalam UMNO dapat dijernihkan sekali gus memperkukuhkan parti. - FB\Shahril Hamdan
KUALA LUMPUR: Persidangan Agung UMNO (PAU) 2020 pada hujung minggu ini, diharapkan menjadi platform untuk menoktahkan segala persoalan yang timbul mengenai isu dalaman parti dan hubungan UMNO dengan parti politik lain.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berharap segala masalah yang timbul dalam UMNO dapat dijernihkan sekali gus memperkukuhkan parti sebelum menghadapi pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
"Perkara (menoktahkan persoalan) ini penting bagi membolehkan kita (UMNO) benar-benar bersedia masuk ke fasa persiapan untuk menghadapi rakyat (PRU15).
"Mungkin (ada) isu panas akan disentuh pada PAU2020, namun saya yakin kerana UMNO adalah satu parti yang sudah lama dan ada banyak pengalaman atau ada 'institutional memory' untuk menguruskan isu-isu panas (dalam persidangan)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel jemputan dalam program Ruang Bicara yang siarkan di Bernama TV malam tadi.
PAU 2020 dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 Mac (Sabtu dan Ahad) ini dengan pelaksanaannya secara hibrid iaitu kombinasi perhimpunan secara bersemuka dan maya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#pilihan raya
#perhimpunan
#pilihan raya umum
#Shahril Sufian Hamdan
#Persidangan Agung UMNO
#PAU2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan