KUALA LUMPUR: Persidangan Agung UMNO 2020 (PAU2020) dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan pentas untuk merealisasikan hasrat mana-mana individu yang berhasrat untuk menjadi pucuk pimpinan tertinggi parti.

Menurut Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Norliza Abdul Rahim, individu berkenaan perlu menggunakan pentas pemilihan UMNO akan datang selain presiden hari ini dipilih secara demokrasi serta diberikan kepercayaan untuk menjadi nakhoda parti.

"Penting bagi kita semua untuk sedar, politik yang hanya mencari laba keuntungan diri akan menyebabkan kita semua berantakan. Terlibat dengan politik wang akan meletakkan parti kita dipandang dingin oleh rakyat. Ucapan berbaur perkauman yang melampau, akan meletakkan parti terlalu ekstrem di mata pengundi.

"Jadi langkah kita perlu waspada, seimbang dan jelas. Tumpuan kita bukan untuk membina naratif politik yang berantakan, tapi mewujudkan kestabilan dan keharmonian dalam negara. Kestabilan yang menjamin masa depan yang jauh lebih cerah kepada rakyat dan ekonomi.

"Kestabilan politik adalah kunci bagi menjamin negara kita terus stabil dan maju. Malaysia perlu terus bersaing dengan negara-negara serantau dalam era ledakan ekonomi dan globalisasi. Pemikiran dan tingkah laku juga harus seiring dengan ucapan yang diungkapkan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

BACA: PAU2020: Platform terbaik untuk Presiden UMNO jelaskan isu kerjasama dengan PKR - Annuar Musa

BACA: 
PAU2020 diharap noktahkan segala persoalan dalam UMNO - Shahril Sufian

Dalam pada itu katanya, PAU2020 yang akan berlangsung bermula Sabtu menjadi platform penting kepada UMNO untuk menentukan hala tuju sebenar mendepani PRU15.

BACA: PAU2020: Rai perbezaan pendapat, jangan sampai menjadi kabilah - Ahmad Zahid

"Di sinilah, segala kekusutan dan seribu satu persoalan akan dijelaskan kepada semua perwakilan dari pucuk pimpinan parti.

"Kita mendengar, meneliti dan menghadam segala amanat yang akan disampaikan pucuk pimpinan sekali gus menjadi persediaan penting bahtera orang Melayu ini untuk menghadapi perang besar dalam PRU nanti.

"Sebaiknya, PAU 2020 perlu menjadi wadah perpaduan di kalangan ahli parti dan keseluruhan masyarakat Malaysia, kerana kita semua menginginkan negara ini terus membangun pasca pandemik COVID-19, suatu ujian yang amat berat yang menimpa segenap lapisan masyarakat di negara ini," ujarnya.

Tambahnya, UMNO wajar menyantuni keluh kesah rakyat, kebimbangan rakyat, perit getir rakyat dan kesengsaraan rakyat untuk kelangsungan hidup selepas sebilangan besar mereka diduga dan yang lebih membimbangkan, malapetaka ekonomi pula menimpa negara.

"Mari kita perbetulkan segala perselisihan yang kini menjadi barah di dalam parti, berikan kepercayaan sepenuhnya kepada Presiden untuk mengemudi parti mengikut hemat beliau setelah mendengar suara ahli-ahli parti.

"Keputusan presiden sebenarnya menunjangi keputusan bersama oleh kita semua. UMNO hanya mahukan kestabilan untuk rakyat, kesejahteraan buat masyarakat dan mewariskan sebuah negara yang utuh dari segi ekonomi dan pembangunan kepada generasi akan datang.

"Hentikan perselisihan yang boleh membawa malapetaka lebih besar kepada parti. Tumpukan usaha dan tekad tekad kita untuk bekerja bersama dan merintis jalan untuk mencipta kejayaan bersama-sama," jelasnya.

Norliza turut meminta ahli parti untuk mengabaikan mana-mana pihak yang mengadu domba dan mahu melihat kehancuran UMNO.

Tegasnya, sikap mereka ibarat si kitol yang wujud di muka bumi hanya untuk melihat umat Melayu dan Islam berantakan dan berpecah.

Norliza turut meminta ahli parti untuk mengabaikan mana-mana pihak yang mengadu domba dan mahukan kehancuran UMNO.