KUALA LUMPUR: Kepimpinan tertinggi UMNO perlu segera mencari kata sepakat dalam menentukan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Perkara berkaitan PRU dibangkitkan beberapa perwakilan sayap ketika membahaskan usul bagi sayap masing-masing di Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini hari ini.
Ada perwakilan menyifatkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka tidak boleh dijadikan ukuran kerana seluruh jentera UMNO digembleng ke negeri-negeri itu.
Malah mereka meminta semua pihak supaya menyerahkannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kepemimpinan tertinggi UMNO untuk berbincang sebelum dipersembah dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
PERKEMBANGAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021
BACA: Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri
Ketua Wanita Bahagian Bagan Serai Zarina Abdol Majid berkata dalam PRU, tidak mungkin ada jentera parti dari negeri lain yang akan datang membantu kecuali ahli parti di kawasan atau negeri sendiri.
"Jangan kita ulangi perangai lama. Kekalahan PRU14 seharusnya dijadikan iktibar. Janganlah kita leka bermusuhan dan berpuak-puak sesama sendiri, umpama menghalakan senjata ke kubu sendiri.
"Tidak perlu kita membuka segala strategi kita berkaitan tarikh PRU kerana akan diketahui pihak musuh yang akan menggunakan peluang mengatur strategi mereka pula," katanya.
Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berkata ruang perlu diberi kepada 'Top 5' - Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden untuk berbincang dalam apa jua hal melibatkan kepentingan UMNO dan sebarang keputusan akan disokong oleh akar umbi.
"Kita perlu perkemaskan jentera masing-masing. Bayangkan tanpa bantuan rakan-rakan dengan kekurangan dana semasa PRN Johor, apakah kita mampu menang?
"Perkemas jentera dengan naratif baharu supaya kita benar-benar bersedia untuk menghadapi PRU15 nanti," katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita Bahagian Kuala Kedah Datin Noor Hasita Mat Isa berkata UMNO perlu memanfaatkan kombinasi kepimpinan yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu gabungan Perdana Menteri dan Presiden parti.
"Kombinasi ini perlu kita terjemahkan sebaik mungkin supaya UMNO tidak berpecah dua. Kita gunakan kelebihan ini untuk kukuhkan parti.
"Insya-Allah parti kita menjadi semakin kuat di bawah kepimpinan Presiden UMNO dan Perdana Menteri pula dapat fokus kepada pentadbiran negara," katanya.
Pada masa sama beliau menyeru kepimpinan UMNO menterjemahkan gagasan Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri sebagai Keluarga UMNO dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.
"Kekuatan Keluarga UMNO amat bergantung kepada sefahaman kita seisi keluarga. Jika hubungan Ketua UMNO Bahagian, Timbalan, Naib, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri baik, Insya-Allah setiap gerak kerja dan tindakan kita akan berada dalam landasan yang betul," katanya.
Sementara itu, perwakilan dari Melaka Datuk Haryati Hamdzah meluahkan kesedihan melihat tohmahan terhadap pimpinan atasan parti.
"Saya simpati dengan Presiden digelar, ditohmah. Saya juga bersimpati dengan YAB PM (Perdana Menteri), mengharungi kepayahan menyeimbangkan kuasa melalui Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) bersama parti pembangkang dengan sorak teriakan ahli parti yang memperlekehkan.
"Hakikatnya, bukan mudah mentadbir dalam krisis pandemik COVID-19 ini. Hanya yang tenang akan menang," katanya.
Haryati juga menyentuh mengenai persoalan antara pemilihan parti dan PRU15 ibarat ayam dan telur dan tiada kesudahan akar umbi untuk memikirkannya.
"Saya mencadang, apapun keputusan, bincanglah elok-elok. Mesti pastikan parti kita menang. Rakyat selesa dengan kita," katanya.
Sementara itu, perwakilan dari Pulau Pinang yang juga Ketua Wanita Bahagian Batu Kawan Noraina Safura Mohamed berkata pucuk pimpinan perlu meletakkan soal perundingan dan perincian isu tersebut secara konkrit bagi membuat keputusan terutama kepada lima pucuk pimpinan tertinggi iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden.
"Rundinglah baik-baik. Tolonglah, jangan peningkan lagi ahli-ahli di bawah...kita perlu sepakat. Malahan mempertahankan perpaduan dalaman parti, itu adalah lagi baik. Kita ahli di bawah ini kadangkala perlukan kepastian dan pemahaman daripada setiap keputusan di atas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Perkara berkaitan PRU dibangkitkan beberapa perwakilan sayap ketika membahaskan usul bagi sayap masing-masing di Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini hari ini. - Gambar/ Shahir Omar
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk ditutup tinggi bagi hari ketiga dagangan berturut-turut hari ini dengan indeks utama mencecah paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu.
AWANI 7:45 [06/05/2024] – Tiada kaitan 'bookie' | perlu setimpal pengiktirafan | Rela berhenti daripada lama di pejabat
- Kes Akhyar, Faisal Halim tiada kaitan bookie, polis minta jangan reka cerita.
- Penjawat awam tiada integriti tak berhak dapat layanan sama.
- 80% pekerja Malaysia pilih masuk pejabat hanya tiga hari seminggu.
- Hail Amir meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru.
- Penjawat awam tiada integriti tak berhak dapat layanan sama.
- 80% pekerja Malaysia pilih masuk pejabat hanya tiga hari seminggu.
- Hail Amir meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru.
Geran RM149.1 juta telah diberikan kepada PKS galakkan adaptasi teknologi baharu - Menteri MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memberikan geran berjumlah RM149.1 juta kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk tujuan adaptasi teknologi industri baharu. Jelasnya, ini sekaligus menafikan dakwaan yang menyatakan pihak Kementerian hanya memberi tumpuan kepada syarikat korporat besar dan mengabaikan PKS.
81 peratus kes dilaporkan kepada IMFC selesai, percepat realisasi pelaburan - Menteri MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata 81 peratus daripada 464 kes yang dilaporkan kepada Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) telah diselesaikan dan berjaya mempercepat proses realisasi pelaburan-pelaburan yang diumumkan. Jelasnya, angka ini sangat membanggakan bagi sebuah agensi yang baru ditubuhkan sejak Januari lalu.
Malaysia sasar 22.6 peratus KDNK disumbangkan ekonomi digital menjelang 2025 - Menteri MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) meletakkan sasaran untuk mengembangkan ekonomi digital kepada 22.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2025. Jelasnya, ini merupakan sebahagian daripada strategi kementerian untuk memperkasakan sektor ekonomi selain daripada elektrik dan elektronik (E&E).
Pastikan sistem penilaian prestasi adil, tidak digunakan Ketua Jabatan untuk balas dendam - Pakar
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Aminuddin Awang berkata Kerajaan perlu memastikan sistem penilaian prestasi yang sedang dan akan digunakan adalah adil dalam menilai sumbangan penjawat awam. Jelasnya, tidak wajar sistem yang membolehkan mana-mana Ketua Jabatan memangsakan pekerja bawahan dikuatkuasakan tanpa penyesuaian yang perlu.
JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam sesuai gaji diberikan - Pakar
Ketua Pegawai Eksekutif MTalent Training & Consultancy, Datuk Dr. Musa Ali berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi fleksibiliti kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat untuk menilai prestasi penjawat awam. Jelasnya, ini bagi memastikan penilaian tersebut mencerminkan sumbangan penjawat awam sesuai dengan pelaburan dan gaji yang diperuntukan untuk badan-badan yang berbeza berkenaan.
GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.
PM ucap takziah kepada keluarga Hail Amir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon veteran Datuk Hail Amir yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Belum ada mana-mana pihak isytihar bubar, keluar Muafakat Nasional - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, perbincangan di peringkat tertinggi antara kedua-dua parti berkenaan status MN, juga masih belum diadakan setakat ini.
Kerajaan bekukan akaun bank suami gagal bayar nafkah
Kerajaan akan menyekat atau membekukan akaun bank golongan suami yang gagal membayar nafkah kepada bekas isteri.
PAU2021: Dakwaan 'hanya tekan PM untuk bubar Parlimen' tidak tepat - Shamsul Anuar
Banyak perkara yang dibincangkan oleh pembahas dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU2021) dan ia tidak hanya soal politik semata-mata.
PAU2021: Pemilihan UMNO ditangguh enam bulan selepas PRU - Mohamad Hasan
Perhimpunan Agung UMNO 2021 meluluskan usul supaya pemilihan parti ditangguh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
PAU2021: Tiada perkara baharu, hanya sibuk 'tekan' PM bubar Parlimen - Penganalisis politik
Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, ia dilihat tidak lain tidak bukan hanya lebih kepada memberi tekanan kepada Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen.
PAU2021: 'Top 5' UMNO akan duduk, bincang isu pembubaran Parlimen - Tok Mat
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, isu pembubaran Parlimen akan dibincangkan bersama lima pemimpin tertinggi UMNO bagi mencari jalan terbaik sebelum memutuskanya.
PAU2021: "KWSP, terlalu ramai mahu jadi hero" - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memakumkan keputusan untuk meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Khas (KWSP) sudah pun dicapai lebih awal.
PAU2021: Kerajaan tidak pernah lupa agenda Bumiputera - PM
Bajet 2022 adalah sebahagian daripada inisiatif yang telah diusahakan oleh kerajaan ketika ini dalam mencapai hasrat tersebut.
PAU2021: 'Saya orang parti, darah saya darah UMNO' - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesetiaannya terhadap UMNO tidak pernah digugat oleh apa sahaja cabaran yang ditempuhinya ketika ini.
PAU2021: Hasrat bubar Parlimen akan dibincang dan diteliti - PM
Kenyataan tersebut menyusul dipenghujung ucapanya pada hari terakhir persidangan PAU2021 berlangsung.