awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
Mengenang Madeline: Hilangnya 'permata' Sarawak yang luar biasa
Stadium Nasional Bukit Jalil dapat penarafan cemerlang daripada FIFA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB wujud sayap baharu untuk golongan belia

Azizah Alwi
Azizah Alwi
09/01/2022
20:02 MYT
PBB wujud sayap baharu untuk golongan belia
Abang Johari ditemui pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching malam tadi. --fotoBERNAMA
KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan meminda perlembagaan parti itu bagi mewujudkan sayap baharu buat golongan belia berumur 18 hingga 28 tahun.
Presiden PBB yang juga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penubuhan sayap itu dibuat bagi memberi peluang kepada golongan tersebut untuk bersama-sama berkhidmat kepada kesejahteraan negeri Sarawak.
"Buat masa ini PBB ada sayap wanita serta pemuda...sekarang ini kita akan wujudkan satu sayap buat golongan belia 18 hingga 28 tahun. Kita wujudkan sayap ini kerana kita mahu mereka sama-sama menguruskan masyarakat bersama kita.
"PBB adalah parti yang dinamik, kita juga mendengar aspirasi golongan muda dan kita akan sesuaikan kepada keadaan politik semasa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di sini malam tadi.
Ia mesyuarat pertama PBB sebagai parti dominan Sarawak selepas mencatatkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN 12) Sarawak.
Abang Johari berkata pindaan perlembagaan itu akan dilakukan pada Mesyuarat Agung Triennial (TGM) parti yang dijadual diadakan Jun depan.
Beliau juga membayangkan sayap baharu itu akan ditangani secara bersama oleh beberapa pimpinan Pemuda parti itu.
"Sekarang ini kita sudah tubuhkan jawatankuasa untuk meneliti cadangan penubuhan sayap itu dan kita akan pinda perlembagaan pada TGM nanti," katanya.
Topic Berkaitan
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
#sayap baharu
#Belia
#pinda perlembagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan