awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBS kekal bersama GRS - Joniston

Bernama
Bernama
17/10/2022
13:22 MYT
PBS kekal bersama GRS - Joniston
Meskipun terdapat beberapa AMT yang membangkitkan perkara tersebut pada mesyuarat minggu lepas namun tiada sesi undian diadakan untuk menentukan keputusan parti. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini menegaskan bahawa ia kekal dengan pendirian untuk bersama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai jalinan kerjasama pemimpin dan rakyat yang tulen di Sabah.
Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai berkata justeru, berita disiarkan sebuah portal yang mendakwa kononnya lebih separuh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti itu ingin bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) adalah tidak benar.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu itu juga berkata meskipun terdapat beberapa AMT yang membangkitkan perkara tersebut pada mesyuarat minggu lepas namun tiada sesi undian diadakan untuk menentukan keputusan parti.
"Prinsip pengurusan dan pembuatan keputusan di peringkat Majlis Tertinggi PBS adalah melalui resolusi sebulat suara, bukan proses undian," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Selain PBS, GRS dianggotai Bersatu Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional bagi mentadbir negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parti Bersatu Sabah
#joniston bangkuai
#PRU15
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan