awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PCS tidak tanding PRK Parlimen Batu Sapi

Bernama
Bernama
08/10/2020
22:50 MYT
PCS tidak tanding PRK Parlimen Batu Sapi
PCS buat keputusan tidak akan bertanding pada PRK Parlimen Batu Sapi.
KOTA KINABALU:Parti Cinta Sabah (PCS) membuat keputusan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, kata Setiausaha Agungnya Ansari Abdullah.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kepentingan nyawa dan keselamatan rakyat susulan peningkatan kes COVID-19 di Sabah sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata Sabah tidak mampu dan tidak berupaya lagi untuk menanggung penularan kes baharu COVID-19 jika proses kempen dan pengundian PRK Parlimen Batu Sapi dilaksanakan.
"Kami berdoa supaya Sabah dan rakyatnya dilindungi daripada gejala virus COVID-19...pada kami, nyawa dan keselamatan rakyat mengatasi segala pertimbangan politik.
"Sabah sedang dilanda jangkitan COVID-19 yang amat teruk dan jelas prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 baru-baru ini gagal membendung penularan virus itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilapor akan mengadakan PRK bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Kong pada 2 Okt lepas.
Menurut SPR, pelaksanaan PRK itu selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan.
SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada Selasa, 13 Okt ini.
Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak akan bertanding pada PRK Parlimen Batu Sapi bagi mengelak penularan pendemik itu di negara ini khususnya di Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parti Cinta Sabah
#PCS
#Sabah
#Batu Sapi
#COVID-19
#politik
#pilihan raya kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan