awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejuang sedia bekerjasama dengan parti lain selepas PRN Johor

Bernama
Bernama
26/02/2022
12:38 MYT
Pejuang sedia bekerjasama dengan parti lain selepas PRN Johor
Mukhriz berkata, dalam membentuk kerajaan di Malaysia, langkah itu perlu demi perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama serta budaya dan parti tersebut 'hanya mempunyai satu bangsa iaitu Melayu.' - Gambar BERNAMA
BATU PAHAT: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sedia bekerjasama dengan parti lain selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, dalam membentuk kerajaan di Malaysia, langkah itu perlu demi perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama serta budaya dan parti tersebut 'hanya mempunyai satu bangsa iaitu Melayu.'
"Pejuang bertanding di 42 kerusi, mahu tak mahu sesebuah kerajaan yang ditubuh mestilah ada campuran wakil semua kaum dan itu tak datang daripada kami, jadi kita kena cari satu kesepakatan dengan pihak lain," katanya kepada pemberita selepas Program Presiden Pejuang bersama calon di Rengit hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, Pejuang belum menetapkan parti yang bakal dipilih untuk bekerjasama.
Ditanya mengenai keyakinan Pejuang yang pertama kali bertanding dan menampilkan calon muka baharu, Mukhriz berkata, PRN Johor merupakan platform untuk memperkenal parti itu kepada pengundi.
"Apa yang penting, kita nak kenalkan parti dan calon kepada pengundi. Pengundi muda perlu didedahkan kepada proses kematangan dalam politik, kalau tak dedahkan, sampai bila mereka nak berpengalaman," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Pejuang
#Mukhriz Mahathir
#membentuk kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan