KUALA LUMPUR:Blok pembangkang hari ini bersetuju menghantar tiga nama Ahli Parlimen bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas yang akan menasihati secara langsung Yang di-Pertuan Agong berhubung darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menghantar nama wakil pembangkang dalam jawatankuasa itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.
"Kita sambut kewujudan jawatankuasa itu dan kita akan hantar wakil kerana jawatankuasa itu akan memberi pandangan berkaitan darurat. Cuma ia tidak sama seperti sidang Parlimen dan ia tidak khusus. Oleh kerana ia titah Yang di-Pertuan Agong, kita ambil keputusan untuk memberikan kerjasama.
"Sebelum ini, Saifuddin telah menghubungi Menteri Undang-Undang (Takiyuddin) untuk mendapatkan penjelasan tentang siapa pengerusi jawatankuasa, apa tugas ahli sebelum kita hantar nama. Kita perlu mendengar jawapan itu dahulu. Hari ini Saifuddin akan hantar nama," katanya dalam sidang media dalam talian hari ini.
Kerajaan sebelum ini bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bebas berkenaan dan menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sepanjang pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos ini.
Pada 12 Jan lalu, Al-Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan, sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.
Di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, antara lain memperuntukkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Bebas untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam dalam persekutuan berikutan pandemik Covid-19.
Sementara itu, Anwar mendakwa sejumlah Ahli Parlimen telah menyembahkan warkah kepada Seri Paduka Baginda bagi memohon pertimbangan supaya sidang Parlimen diadakan.
Ordinan berkenaan melarang pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil serta persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri diadakan sepanjang tempoh darurat dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 20 2021

Anwar mendakwa sejumlah Ahli Parlimen telah menyembahkan warkah kepada Seri Paduka Baginda bagi memohon pertimbangan supaya sidang Parlimen diadakan. - Gambar fail

Keyakinan masyarakat Cina terhadap PH semakin berkurang - Dr Robert
Tahap keyakinan masyarakat Cina yang merosot sejak kemenangan mengejut Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu merupakan antara petanda kegagalan pakatan itu sendiri.

Liverpool kalah kepada Chelsea, Salah merajuk atau tidak cergas?
Salah memberi reaksi tidak senang ketika menuju ke bangku simpanan di Anfield, sejurus itu ejennya mengundang spekulasi.

Vaksin COVID-19: DAP gesa dedahkan maklumat 'potong barisan'
Pemimpin DAP menegaskan keutamaan harus diberikan kepada petugas barisan hadapan yang termasuk dalam fasa pertama secepat mungkin tanpa penangguhan lagi.

PM tiba di Perlis, lakukan lawatan kerja sehari
Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perlis untuk lawatan kerja bagi meninjau lokasi PPV COVID-19 selain bertemu dengan kepimpinan PN.

Wujud peluang untuk mengubah ekonomi ketika krisis - PM
Untuk menamatkan ketidaksamarataan jangka panjang, perhatian perlu diberikan kepada isu asasnya iaitu peluang yang tidak sama rata

PN lebih retak jika Kabinet UMNO digugurkan - Dr Mazlan
Sebarang pengguguran Kabinet dari UMNO jika ada, akan menyebabkan keretakan lebih besar kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini
Pada pukul 9.03 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.0680/0730 berbanding dolar AS daripada 4.0550/0600 semasa ditutup pada petang urus niaga Khamis.

UMNO tak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15. Apa maksud disebalik keputusan ini?
Susulan pengesahan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15. Ia sekaligus membawa satu perubahan baru dalam jajaran kerajaan itu sendiri pada pru akan datang. Kami mendapatkan pakar untuk menjelaskan situasi politik semasa ini. Kita terus ke talian Skype bersama penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali.

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini
Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 0.04 mata kepada 1,581.3 daripada 1,581.26 semasa ditutup pada petang Khamis.

Gangguan bekalan air: Lebih 40,000 akaun pengguna di Terengganu terjejas
Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 5 pagi esok dan penghantaran air melalui lori tangki akan dibuat ke kawasan kritikal.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PH mohon perkenan Agong, segerakan sidang Parlimen
Anwar berpendapat sidang Parlimen perlu dijalankan segera bagi membawa beberapa perkara penting berkaitan rakyat.

Majlis Presiden PH adakan pertemuan dengan Azhar Azizan, bincang keperluan sidang Parlimen - Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu adalah selaras dengan kenyataan media Istana Negara yang membenarkan sidang Parlimen dalam tempoh darurat.

Junjung titah Agong, segera panggil sidang Parlimen - Majlis Setiausaha PH
Proses semak dan imbang dalam sistem demokrasi negara dikhuatiri akan semakin terhakis.

Berita tempatan pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UMNO beri PH 'nyawa' jika tidak bersama PN - Penganalisis politik
Sekiranya UMNO kekal dengan keputusan tidak bersama dengan Perikatan Nasional, tindakan itu akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan.

Dua Ahli Parlimen berpaling tadah, Anwar tetap dakwa ada jumlah majoriti
Anwar mendakwa Pakatan Harapan yang diterajuinya mempunyai jumlah sokongan yang melebihi berbanding Perikatan Nasional.

Survival politik Amanah dan setiakawan yang dikhianati
Melihat kepada kemorosotan populariti Amanah di ruangan publik dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat, ini sesuatu yang membimbangkan.

PN, BN 'berpecah', peluang cerah buat PH kembali ke Putrajaya - Guan Eng
Setiausaha Agung DAP itu yakin rakyat mula sedar sumbangan Pakatan Harapan semasa mentadbir negara.

Larry Sng buat keputusan tepat sokong Muhyiddin. - Naib Presiden PBB
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan tindakan Larry Sng menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu keputusan tepat