awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemecatan Annuar tidak jejas Gabungan Rakyat Sabah - Bung Moktar

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
05/01/2021
06:53 MYT
Pemecatan Annuar tidak jejas Gabungan Rakyat Sabah - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pemecatan Annuar tidak dinafikan boleh menghasilkan 'tempias' tersendiri, terutamanya di peringkat akar umbi. - Gambar fail
KOTA KINABALU:Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) tidak menjejaskan momentum Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di negeri berkenaan.
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, meskipun begitu, pihaknya tidak menafikan perkara berkenaan boleh menghasilkan 'tempias' tersendiri, terutamanya di peringkat akar umbi.
"Tidak dapat dinafikan memang ada sedikit tempiasnya khususnya kepada masyarakat di peringkat akar umbi, tetapi di peringkat kepimpinan saya telah menyatakan bahawa UMNO Sabah dan bersama-sama sahabat kita akan sentiasa mempertahankan kerajaan (GRS)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika ditemui di pejabat UMNO Sabah, Kota Kinabalu, pada Selasa.
Pemecatan Annuar sebagai Setiausaha Agung BN diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Tempat beliau digantikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
BACA: Annuar Musa dipecat serta-merta sebagai Setiausaha Agung BN
BACA: "Tiada komen, ini tempoh bertenang" - Annuar Musa
BACA: Ahmad Maslan ganti Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung BN
Sementara itu, Bernama melaporkan tiada masalah perebutan atau pembelian ahli dalam parti-parti yang membentuk GRS, kata Bung Moktar.
Beliau berkata perkara itu tidak timbul kerana negara mengamalkan demokrasi politik.
"Terpulang kepada rakyat untuk pilih parti mana yang mereka mahu, dan tiada isu perebutan atau membeli ahli, bukan senang mahu beli ahli (kerana) mereka tahu mana parti yang mereka mahu pilih.
"Saya minta semua pihak dalam GRS memberi fokus dalam usaha membantu rakyat, ini masa kita membantu rakyat dan jangan lagi kita berlaga-laga pasal keahlian, jangan buang masa untuk fikir masalah yang tidak memberi keuntungan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JKR Sabah di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu 'pembelian ahli' parti yang dilaporkan menjadi pertikaian antara beberapa pemimpin UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini.
GRS merangkumi persepakatan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), membentuk kerajaan negeri Sabah selepas pilihan raya negeri ke-16 September lepas.
Annuar Musa dipecat | Tidak akan gugat momentum GRS - Bung Moktar
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#pemecatan Annuar Musa
#Annuar Musa dipecat
#Setiausaha Agung BN
#Barisan Nasional
#Bung Moktar Radin
#UMNO
#Sabah
#Gabungan Rakyat Sabah
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan