POLITIK
Pemilihan PKR 2025 asas penting hadapi PRU16 - Rafizi

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli menyampaikan ucapan pada Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) di sebuah hotel, hari ini. - Foto Bernama
SEREMBAN: Pemilihan PKR 2025 adalah asas penting ke arah memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli.
Ringkasan AI
- Rafizi Ramli menekankan kepentingan pemilihan kepimpinan baharu yang mampu memperkukuh parti dan menangani isu utama rakyat seperti ekonomi dan rasuah.
- Dengan PKR sebagai parti pemerintah dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, pemilihan mendapat perhatian lebih besar, dan kepimpinan menekankan proses pengundian yang positif, telus, dan baik.
- Rafizi dan Nurul Izzah berentap untuk jawatan Timbalan Presiden, manakala Anwar tidak dicabar sebagai Presiden. Pemilihan juga melibatkan pertandingan bagi jawatan Naib Presiden dan akan berlangsung dari 22 hingga 24 Mei di Johor Bahru.
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad yang kedua-duanya merupakan Naib Presiden PKR.
Sementara itu, Aminuddin berharap proses pengundian yang berbaki kira-kira 10 hari lagi dapat berlangsung dengan baik dan positif memandangkan pemilihan parti kali ini penting bagi menghadapi PRU.
"Apa yang perlu adalah doa, kesungguhan dan keyakinan, kita perlu pemimpin yang sanggup berjuang, kita akan pastikan Keadilan terus berjaya," katanya.
Nik Nazmi pula berkata suasana kali ini sedikit berlainan kerana PKR merupakan parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan dan Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim pula Perdana Menteri sekali gus menjadikan pemilihan kali ini lebih mendapat perhatian umum.
"Sebab itu dalam pemilihan ini, kita tidak mahu mengganggu parti, siapa yang bertanding tiada masalah, kita mahu pemilihan berlangsung dengan positif, telus dan baik," katanya.
Pada pemilihan PKR kali ini, jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Rafizi dan Nurul Izzah manakala Anwar tidak dicabar bagi jawatan Presiden.
Bagi jawatan Naib Presiden, 12 pemimpin mengemukakan pencalonan masing-masing termasuk empat penyandang iaitu Aminuddin, Nik Nazmi, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Kongres Nasional PKR termasuk Kongres Angkatan Muda Keadlan (AMK) dan Kongres Wanita dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru manakala 23 Mei ditetapkan sebagai hari pengundian.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami