awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Nik Nazmi terima keputusan tapi...

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/04/2025
15:33 MYT
Pemilihan PKR: Nik Nazmi terima keputusan tapi...
Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan akan menggunakan saluran parti untuk mengemukakan rayuan berkaitan beberapa isu yang timbul sepanjang proses. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad yang tewas kepada pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki dalam mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Setiawangsa, menegaskan akan menggunakan saluran parti untuk mengemukakan rayuan berkaitan beberapa isu yang timbul sepanjang proses tersebut.
Nik Nazmi menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) turut menzahirkan keyakinannya terhadap prinsip pemilihan yang telus dan adil sebagai asas kekuatan PKR sebagai parti reformasi.
"Namun begitu, kami percaya terdapat beberapa isu yang wajar dibangkitkan dan akan menggunakan saluran serta proses parti yang sewajarnya untuk menyuarakan perkara tersebut.
"Kami akan membiarkan proses rayuan berjalan mengikut peraturan dan ruang yang ditetapkan oleh parti," katanya di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Nik Nazmi turut merakamkan penghargaan kepada semua penyokong, jentera serta anggota parti yang telah memberikan komitmen sepanjang tempoh kempen dan pemilihan berlangsung.
"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyokong, jentera dan anggota parti yang telah bersama-sama turut serta," katanya.
Dalam pemilihan baru-baru ini, Nik Nazmi tewas kepada Afdlin, yang memperoleh 631 undi berbanding 563 undi yang diraih oleh penyandang jawatan tersebut.
Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, sebelum ini mengetuai cabang berkenaan, namun Afdlin muncul sebagai pencabar utama dengan membawa mesej perubahan dan pendekatan mesra akar umbi.
Dalam kempen sebelum ini, Afdlin menyifatkan Nik Nazmi sebagai "terlalu sibuk" dengan komitmen lain termasuk tanggungjawab kementerian, sekaligus menyatakan hasrat untuk menawarkan alternatif yang lebih dekat dengan keperluan ahli di peringkat cabang.
Topic Berkaitan
#Afdlin Shauki
#Nik Nazmi
#rayuan
#pemilihan PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan