awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Shamsul Iskandar tawar diri bertanding Ketua Cabang Hang Tuah Jaya

Bernama
Bernama
05/04/2025
02:45 MYT
Pemilihan PKR: Shamsul Iskandar tawar diri bertanding Ketua Cabang Hang Tuah Jaya
Shamsul Iskandar Mohd Akin. - Gambar fail/BERNAMA
MELAKA: Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Hang Tuah Jaya pada pemilihan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang, bulan ini.
Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri itu berkata beliau menawarkan diri bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di Parlimen Hang Tuah Jaya selain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tahun depan.
"Berbekalkan pengalaman saya yang pernah berkhidmat sebagai calon Ketua Cabang Hang Tuah Jaya pada 2022 dan pengalaman bertanding di Parlimen Bagan Datuk, Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 selain bekerjasama dengan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim, saya yakin saya dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Sidang Media Khas Pencalonan Cabang Hang Tuah Jaya, di sini malam tadi.
Ketua Cabang Hang Tuah Jaya disandang oleh Mohd Rafee Ibrahim yang juga Pengerusi PKR Melaka.
Pada 26 Jan lepas, Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh berkata pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang ditetapkan pada 11 hingga 20 April ini.
Pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti bagi sesi 2025-2028 pula akan dilaksanakan pada 24 Mei depan.
Mengulas mengenai pemilihan bagi peringkat pusat, Shamsul Iskandar berkata beliau mempunyai hasrat bertanding jawatan Naib Presiden yang pernah disandangnya pada 2014, namun ia bergantung kepada keputusan pemilihan di peringkat Cabang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shamsul Iskandar Mohd Akin
#PKR
#pemilihan PKR
#Ketua Cabang Hang Tuah Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan