awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Timbalan menteri kalah rebut timbalan ketua cabang, Shamsul Iskandar menang besar

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2025
08:25 MYT
Pemilihan PKR: Timbalan menteri kalah rebut timbalan ketua cabang, Shamsul Iskandar menang besar
Shamsul Iskandar menang besar dengan memperoleh 1,995 undi pada pemilihan jawatan Ketua Cabang PKR Hang Tuah Jaya manakala Adam Adli tewas merebut Timbalan Ketua Cabang itu.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menang besar dengan memperoleh 1,995 undi pada pemilihan jawatan Ketua Cabang PKR Hang Tuah Jaya, semalam.
Bekas Timbalan Menteri Industri Utama itu menewaskan penyandang jawatan berkenaan, Mohd Rafee Ibrahim yang hanya meraih 736 undi.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim gagal dalam percubaannya merebut jawatan Timbalan Ketua Cabang itu apabila tewas kepada pencabarnya.
Beliau hanya mampu meraih 791 undi berbanding Zamzizul Nordin yang mendapat 1,905 undi.
Pemilihan kepimpinan PKR bagi Cabang Hang Tuah Jaya turut menyaksikan Lee Kah Kim memenangi jawatan Naib Ketua apabila memperoleh 2,064 undi, manakala pencabarnya, David Ong Wai Leong mendapat 646 undi.
Ini menunjukkan pasukan Shamsul Iskandar berjaya ‘sapu bersih’ jawatan tertinggi parti cabang terbabit, sekali gus menunjukkan kempen menerusi moto 'Keadilan Memimpin' menang cemerlang pada pemilihan kali ini.
Mengikut data rasmi, PKR cabang Hang Tuah Jaya mempunyai seramai 3,558 ahli yang layak mengundi.
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Shamsul Iskandar Mohd Akin
#Adam Adli
#Ketua Cabang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan