JOHOR BAHRU: Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang berlangsung di sebuah hotel di bandar raya ini pada Sabtu ditangguh dan digantung.
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Johor Bahru, Azmi Samin berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas berlaku pertambahan bilangan kertas undi melibatkan perwakilan yang hadir.
"Keputusan ini muktamad dan kami akan menunggu arahan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) Pusat.
"Keputusan ini dibuat kerana jumlah perwakilan yang berdaftar pagi tadi untuk mengundi adalah seramai 523 orang, namun setelah kiraan dibuat jumlahnya mencecah 590 kertas undi.
"Sehubungan itu, saya umumkan pemilihan melibatkan Bahagian Johor Bahru kali ini ditangguh dan digantung. Proses seterusnya adalah untuk dimaklumkan kepada JPU pusat dan kita tunggu siasatan JPU pusat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan penangguhan dan penggantungan itu selepas kiraan selesai dibuat pada pukul 10.15 malam Sabtu.
Keputusan itu menyaksikan pemilihan melibatkan kesemua jawatan yang dipertandingkan terjejas khususnya jawatan Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian serta Naib Ketua UMNO Bahagian.
Sementara itu, Pengerusi JPU Johor Bahru, Sonawan Mad Som pula bersumpah bahawa pihaknya tidak terlibat dengan sebarang tindakan salah laku melibatkan pemilihan bahagian berkenaan.
"Apabila dibuat perkiraan memang ada banyak beza, kalau setakat lima atau enam undi saya tidak terperanjat, tetapi ini jumlahnya sehingga 30, 40 keping jadi saya sendiri terperanjat kerana kami memang menjaga perjalanan proses.
"Saya berani sebut memang tiada seorang daripada petugas kami yang membuat kerja bukan-bukan ini," ujarnya sambil turut melafazkan sumpah laknat.
Difahamkan, insiden itu pertama kali berlaku dalam sejarah UMNO Bahagian Johor Bahru. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 18 2023

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru kecoh apabila proses itu ditangguh dan digantung ekoran berlaku pertambahan jumlah kertas undi selepas kiraan akhir dibuat pada Sabtu. - Foto Sinar Harian

Hanna Delisha akui penat menangis dalam 'Andai Itu Takdirnya'
Pelakon Hanna Delisha mengakui hampir setiap episod drama 'Andai Itu Takdirnya' memerlukan dia menangis dan bermain dengan emosi.

AWANI Ringkas: Tarikh Aidilfitri: Jakim ingatkan jangan buat andaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Laporan OPR BH: Fahmi Fadzil bertemu pengurusan tertinggi MPB
"Post FB itu jauh berbeza kerana memberi gambaran seolah-olah Bank Negara atau Kerajaan telah membuat keputusan."

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita
Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab, mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara, bagi acara MTB.

AWANI Ringkas: Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rapid Rail giat usaha atasi gangguan perkhidmatan rel
Siasatan mendapati bahawa ia tidak berpunca daripada kegagalan keseluruhan sistem tetapi hanya melibatkan beberapa subkomponen tertentu.

Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda Akta Pencen - Lukanisman
Inisiatif itu memerlukan pindaan berkaitan Akta Pencen 1980 dilakukan dan perbincangan bersama JPA masih diadakan.

Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.

Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka
Ahmad Zahid berharap pelantikan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka akan membawa perubahan kepada negeri itu terutama potensi untuk menarik pelabur.

Di sebalik laungan suara indah dari Masjidil Haram
Pembesar suara di Masjidil Haram diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1947 semasa pemerintahan Raja Abdulaziz.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru ditangguh, gantung
Keputusan dibuat selepas berlaku pertambahan bilangan kertas undi melibatkan perwakilan yang hadir.