Pemilihan UMNO mungkin selepas PRU16, MKT bincang Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan penjelasan mengenai kemungkinan tempoh untuk pemilihan UMNO diadakan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemilihan UMNO bagi tahun 2026 yang pada asalnya dijadualkan berlangsung tahun ini, dijangka hanya akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Ringkasan AI
- Pemilihan UMNO bagi tahun 2026 akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), menurut pindaan Perlembagaan UMNO yang membenarkan pemilihan selepas 18 bulan daripada tarikh akhir pemilihan atau selepas pilihan raya.
- Perhimpunan Agung UMNO Khas telah meluluskan usul pindaan Perlembagaan parti yang memberi kuasa kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk menentukan tempoh pelaksanaan pemilihan UMNO.
- Ahmad Zahid akan umumkan tarikh penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa selepas mesyuarat MKT, yang bertujuan menilai keterbukaan perwakilan UMNO menerima kembali bekas ahlinya ke dalam parti.
Sebelum ini, Perhimpunan Agung UMNO Khas telah meluluskan usul pindaan Perlembagaan parti yang memberi kuasa kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk menentukan tempoh pelaksanaan pemilihan UMNO.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut memaklumkan tarikh penubuhan serta ahli dalam Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa akan diumumkan selepas perkara tersebut dibincangkan mesyuarat MKT.
Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa ini bertujuan menilai tahap keterbukaan perwakilan UMNO menerima kembali bekas ahlinya memasuki parti itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


