KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin parti politik telah dikenal pasti menyebarkan sebahagian petikan video mengelirukan yang cuba memutarbelitkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat berhubung penggunaan minyak paket bersubsidi oleh 'Makcik Goreng Pisang.'
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata individu yang menyebarkan petikan video itu menerusi akaun media TikTok miliknya telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
"Kita telah meminta MCMC mengambil tindakan susulan mengikut saluran dan peraturan yang biasa.
"... saya percaya ahli Parlimen semuanya mengikuti dengan baik (jawapan Perdana Menteri semalam) dan ahli Parlimen semua tentunya gembira dengan penjelasan yang jelas diberikan oleh Perdana Menteri, ini dibuat oleh mereka yang bukan ahli Dewan Rakyat," katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Semalam di Dewan Rakyat, ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakan kerajaan dalam menangani ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan kaya, Ismail Sabri berkata minyak masak paket adalah untuk kegunaan domestik tetapi terdapat peniaga termasuk peniaga kecil yang turut menggunakannya.
Annuar berkata sebahagian petikan video yang disebarkan individu tersebut adalah bertentangan dengan jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri semalam.
Katanya penyebaran petikan video itu adalah menyalahi peraturan dan undang-undang iaitu cuba menyebarkan berita dalam bentuk separa benar dan mengelirukan kerana diambil sedutan yang membawa makna yang berlainan daripada maksud sebenar.
"Kita faham, itu barangkali bagi tujuan politik untuk menanam kebencian dan untuk menghakis keyakinan rakyat seolah-olah Perdana Menteri tidak prihatin atau pun mengambil sikap anti (kepada) penjaja-penjaja kecil, sebaliknya penekanan Perdana Menteri adalah sebaliknya.
"...saya berharap amalan yang seperti ini tidak diteruskan kerana ia adalah secara sengaja memesongkan fakta dan perbuatan untuk kita menyebarluaskan berita yang tidak benar itu adalah satu kesalahan," katanya menambah tindakan susulan perlu diambil kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.
Selain itu, Annuar berkata kerajaan akan memberi keutamaan mengambil tindakan yang tegas kepada kesalahan berskala besar bagi minyak masak bersubsidi seperti penyeludupan dan penyalahgunaan yang lain.
Beliau yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi berkata kerajaan akan memastikan penyalahgunaan minyak masak bersubsidi secara meluas oleh penyeludup dan syarikat-syarikat besar dapat dibendung dengan kerjasama penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Jawapan Perdana Menteri (semalam) jelas dengan menyatakan kerajaan perlu mengambil pendekatan yang memberikan perhatian kepada tindakan yang tidak menyusahkan kelompok peniaga-peniaga kecil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa ketika sidang media selepas sesi Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. - BERNAMA
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemimpin politik jangan ekstrem ketika beri pandangan isu agama, kaum - Agong
Yang di-Pertuan Agong berharap pemimpin politik di negara ini, tidak ekstrem dalam memberikan pandangan berkenaan isu-isu agama dan perkauman.
Isu stoking: Pemimpin politik perlu jadi pembina jambatan selesaikan isu sensitif - Anthony Loke
Pemimpin parti politik seharusnya menjadi 'pembina jambatan' dalam mengeratkan semangat perpaduan di negara ini.
Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron
Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.
Masa depan politik Pita bakal diketahui bulan depan
Jika didapati bersalah, Pita akan hilang kerusinya dan dilarang terlibat dalam politik.
Sultan Selangor gesa hentikan perbuatan keluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab
Sultan Selangor bertitah agar segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.
Perdana Menteri sementara Pakistan angkat sumpah
Anwaar-ul-Haq Kakar pada Isnin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kerajaan sementara Pakistan, menurut Pakistan Television yang dikendalikan kerajaan, lapor Xinhua.
Kabinet perlu seimbang antara pemimpin parti dan profesional - IDEAS
Walaupun secara idealnya kabinet dianggotai mereka yang berkelayakan dalam bidang-bidang diperlukan, realiti politik juga harus disantuni.
PM ke-10: Pemimpin seteru politik turut ucap tahniah kepada Anwar
Ramai pemimpin politik tanah air menzahirkan ucapan tahniah dan kata-kata nasihat kepada Anwar atas pelantikannya sebagai PM ke-10.
PRU15: Tiada pergerakan pemimpin politik ke Istana Negara hari ini - Sumber
Petugas media mula meninggalkan pekarangan Istana Negara dan kembali meneruskan tugasan lain.
Pemimpin politik dikenal pasti putar belit kenyataan PM - Annuar
Seorang pemimpin politik telah dikenal pasti menyebarkan sebahagian petikan video mengelirukan yang cuba memutarbelitkan kenyataan Perdana Menteri.