awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron

Bernama
Bernama
13/01/2024
13:09 MYT
Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron
Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata semua lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik perlu mengelakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum sehingga menimbulkan kebencian.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa masyarakat India di Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih terikat dengan negara asal mereka.
"Beliau sebagai seorang negarawan yang telah bersama-sama membina negara bangsa ini sepatutnya menjadi seorang ejen perpaduan negara dalam menyebarkan mesej-mesej kebersamaan.
"Saya amat kecewa dan mengutuk keras dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir," katanya.
Sebuah portal hari ini melaporkan Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan itu menerusi sesi temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV.
Aaron berkata negara ini telah dibina atas dasar kebersamaan melalui kontrak sosial yang telah membawa kemerdekaan.
Katanya, dalam menyatupadukan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, etnik dan budaya, pemimpin terdahulu telah mendukung wadah integrasi nasional berbanding asimilasi.
"Kini sudah pun lebih 60 tahun merdeka, rakyat masih mengekalkan nilai perpaduan dalam kepelbagaian sebagai resam hidup," katanya.
Beliau turut menasihatkan semua lapisan masyarakat agar mempelajari, memahami dan mengambil teladan daripada peristiwa sejarah yang dilalui Malaysia supaya perpaduan serta keharmonian antara kaum yang dikecapi ketika ini dapat terus dinikmati.
"Ingatlah, kepelbagaian itu adalah kelebihan dan kekuatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemimpin politik
#nilai perpaduan
#Aaron Ago Dagang
#Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan