awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin PPBM digesa nyatakan pendirian konsep 'Malaysian Malaysia'

Bernama
Bernama
16/03/2018
12:13 MYT
Pemimpin PPBM digesa nyatakan pendirian konsep 'Malaysian Malaysia'
MAHDZIR: Sama ada setuju atau tidak beliau, Muhyiddin dan Mukhriz perlu buat kenyataan berhubung pendirian mereka. - Gambar fail
Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) digesa menyatakan pendirian sama ada mereka menyokong konsep 'Malaysian Malaysia' setelah penasihat DAP Lim Kit Siang menegaskan untuk kembali berpegang teguh kepada konsep itu.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir perlu menyatakan pendirian mereka kerana konsep ini pernah ditentang oleh mereka.
"Pada awal dulu Tun Dr Mahathir tegaskan bahawa DAP perlu ditolak kerana memperjuangkan konsep ini jadi sekarang setelah menjalin kerjasama dengan parti itu, macam mana pendirian beliau. Sama ada setuju atau tidak beliau, Muhyiddin dan Mukhriz perlu buat kenyataan berhubung pendirian mereka.
"Dari awal lagi bila konsep ini hendak dibuat kita tidak terima kerana konsep 'Malaysian Malaysia' ini menguasai segala aspek yang akan menyebabkan orang Melayu diketepikan. Sebab itu orang Cina dan orang India sudah lama tidak terima konsep ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Lim ntuk berpegang teguh dengan konsep 'Malaysian Malaysia' ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat, semalam.
Lim memaklumkan satu daripada tiga impiannya adalah untuk melihat kewujudan sebuah negara berkonsepkan 'Malaysian Malaysia' selain DAP berjuang untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan memastikan yang menyokong DAP bukan sokong Cina Malaysia, bukan India Malaysia tetapi sokong 'Malaysian Malaysia'.
Terdahulu, Mahdzir hadir pada majlis perasmian Masjid Jamek Istiqlal, Kuala Nerang yang dirasmikan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Masjid itu kemudian diisytiharkan secara rasmi sebagai Masjid Tengku Sarafudin Badlishah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#konsep
#Lim Kit Siang
#Mahdzir Khalid
#MalaysiaMemilih
#Malaysian Malaysia
#politik
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan