awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin tinggal perjuangan parti sebagai tiada daya tahan, tiada kesabaran - TPM Zahid

Bernama
Bernama
14/05/2017
04:26 MYT
Pemimpin tinggal perjuangan parti sebagai tiada daya tahan, tiada kesabaran - TPM Zahid
TPM Zahid melambaikan tangan kepada orang ramai ketika menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (kiri). - Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan bekas pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN) yang kecewa lalu meninggalkan perjuangan parti sebagai pemimpin yang tiada daya tahan dan kesabaran.
Ahmad Zahid berkata pemimpin berkenaan, sama ada di peringkat nasional atau negeri Sabah, akibat tiada daya tahan dan kesabaran akhirnya membuat keputusan yang salah kerana ketika itu mereka dalam keadaan marah, tertekan dan kecewa.
"Alhamdulillah, kita di dalam UMNO dan kita di dalam BN, biarpun kita diasak, biarpun kita 'diterajang', biarpun kita 'disepak' (dengan pelbagai tuduhan dan fitnah), kesabaran kita tetap bersama UMNO dan BN," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Naib presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden parti itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bagandang, dekat sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Isnin Aliasnih dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Anggota Parlimen Beafort Datuk Azizah Mohd Dun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#politik
#Timbalan Perdana Menteri
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan