KUALA LUMPUR:Kemelut yang berlaku dalam kepimpinan UMNO di peringkat pusat ketika ini menyebabkan masalah dihadapi oleh orang Melayu semakin tidak diendahkan.
Demikian pandangan pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mujibu Abd Muis, yang menyatakan pucuk pimpinan UMNO seharusnya menyelesaikan kemelut yang melanda dengan kadar segera.
Ini supaya fokus dapat diberikan dalam mengembalikan ekonomi rakyat ke landasan yang stabil.
“Dalam konteks sekarang, selepas COVID-19 dan sebagainya, nampaknya isu-isu Melayu itu tidak lagi dilihat sebagai keutamaan.
“Ketika ini, isu ekonomi rakyat sangat menekan, khasnya dalam konteks hilang pekerjaan, selain tindakan kerajaan yang lambat memberikan respons dalam isu-isu berbangkit ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Ujar Mujibu, rakyat sudah letih menilai krisis politik yang berpanjangan ini.
“Isu yang sepatutnya didasari kerajaan adalah untuk kembali membangkitkan ekonomi ke landasan yang betul.
“Antara lain, menyelesaikan permasalahan rakyat,” tambahnya.
Dalam pada itu, mengulas kesediaan berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jelas Mujibu, UMNO tidak boleh bergerak secara sendirian, sebaliknya perlu mengutamakan permuafakatan antara parti.
“Mereka perlu faham hakikat dalam konteks negara berbilang kaum, dengan isu mengundi mengikut jalur kaum, maka tidak ada parti yang barangkali mampu menjadi kerajaan jika bertanding secara bersendirian.
“Mereka (pemimpin UMNO) ini muncul sebagai ahli politik bukan atas kehendak ahli parti tetapi atas kehendak rakyat yang menentukan nasib mereka.
“Jadi, rakyat mengharapkan mereka menunaikan janji serta manifesto demi kesejahteraan mereka,” tegasnya.
Nickyson Nyambar
Thu Jan 07 2021
MUJIBU: Dalam konteks negara berbilang kaum, dengan isu mengundi mengikut jalur kaum, tidak ada parti yang barangkali mampu menjadi kerajaan jika bertanding secara bersendirian. - Astro AWANI
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Dakwaan Ismail Sabri ditekan cubaan pecah belahkan kepimpinan UMNO - Mahdzir
Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditekan dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO pada Rabu lalu adalah cubaan untuk memecahbelahkan kepimpinan UMNO.
Zahid Hamidi tidak perlu letak jawatan tetapi berundurlah secara terhormat
Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang saran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur secara terhormat dan melepaskan jawatan tertinggi dalam UMNO.
Penyatuan parti Melayu: Anwar mahu dengar sendiri dari Tun M
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim henggan mengulas pelawaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya orang Melayu bersatu, termasuk daripada UMNO dengan menyertai Parti Bersatu.