awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda UMNO sedia sebarang kemungkinan 22 Januari ini

Sinar Harian
Sinar Harian
11/01/2022
05:49 MYT
Pemuda UMNO sedia sebarang kemungkinan 22 Januari ini
NOOR HARIRI: Walaupun UMNO mungkin tidak sekaya parti lain dari segi wang ringgit, ia menawarkan persahabatan jujur yang melangkaui sempadan politik.
KOTA BHARU: Pemuda UMNO negeri bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya keputusan yang bakal diperoleh selepas pertemuan antara UMNO dan Pas negeri pada 22 Januari ini tidak seperti yang diharapkan.
Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, apa yang penting, usaha untuk sama-sama mengukuhkan hubungan antara kedua-dua parti itu dilaksanakan sebaik mungkin.
"Pemuda UMNO Kelantan berharap pertemuan dengan Pas Kelantan nanti dapat memuktamadkan perkara utama hubungan politik yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.
"Ini penting bagi memberi peluang kedua-dua parti menggarap hala tuju perjalanan politik negeri Kelantan yang tentunya amat ditunggu-tunggu oleh rakyat.
"Bagi pihak UMNO, kami merasakan kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya apa yang diputuskan dalam perbincangan nanti tidak seperti yang kami inginkan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.
Sebelum ini, Pas Kelantan menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh pertemuan antara parti itu dengan UMNO Kelantan bagi membincangkan hala tuju kerjasama kedua-dua pihak melalui Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mengulas lanjut, Noor Hariri berkata, perkara paling utama ialah sama ada Pas masih mahu bersama dengan UMNO atau pun lebih selesa memilih parti lain sebagai rakan kongsi politik mereka di Kelantan.
Jelasnya, walaupun UMNO mungkin tidak sekaya parti lain dari segi wang ringgit tetapi UMNO menawarkan persahabatan jujur yang melangkaui sempadan politik ketika mereka sama-sama menjadi pembangkang.
"Sejarah telah membuktikan setelah Piagam Muafakat Nasional dimeterai, UMNO tidak pernah membelakangi Pas dalam membuat keputusan demi penyatuan ummah dan tidak sesekali menikam belakang kawan."
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#politik Kelantan
#Noor Hariri Mohamed Noor
#kerjasama UMNO-Pas
#Muafakat Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan