KUALA LUMPUR : Penamatan Proklamasi Darurat di Sarawak yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bakal diadakan dalam masa terdekat.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, persiapan bagi mengadakan PRN kebiasaannya diadakan dalam tempoh tiga minggu.

“Saya menjangkakan PRN Sarawak akan diadakan pada 27 November atau 4 Disember dan ini bermakna PRN boleh dilaksanakan sebelum menjelang tahun depan.

“Mengikut percaturan, persiapan untuk mengadakan PRN mengambil masa sekitar 24 atau 27 hari maka berkemungkinan PRN bakal dilaksanakan pada tarikh tersebut,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.

BACA: Agong perkenan Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan

BACA: PRN Sarawak: Mungkin SOP ketat PRN Melaka diguna pakai


[TERKINI] Agong perkenan Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan

Dalam pada itu, Jeniri turut mengulas mengenai pelaksanaan Undi 18 yang berkemungkinan tidak dapat direalisasikan sekiranya ia (PRN Sarawak) diadakan pada tahun ini.

“Ini akan memberikan kesan tertentu dan jika diadakan pada tahun depan maka golongan muda berpeluang untuk menggunakan hak mereka untuk mengundi.

“Berdasarkan perkiraan yang dibuat, berkemungkinan mereka tidak berpeluang untuk mengundi pada PRN kali ini,” katanya lagi.

Untuk rekod, penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah tamat pada 6 Jun lalu namun pembubaran DUN ditangguhkan susulan pengisytiharan Proklamasi Darurat sehingga 2 Februari 2022 di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong.

Teka-teki PRN Sarawak bermula