KUALA LUMPUR:Selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) enggan mendedahkan sebab utama mengapa pendaftaran Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) tidak diluluskan, persoalan terus berlingkar mengenai masa depan parti itu.
Dengan desas-desus pilihan raya umum akan diadakan seawal penggal pertama tahun ini, biarpun ditentang ramai, MUDA pasti perlu memikirkan cara terbaik untuk terus relevan, termasuk kemungkinan bertanding di bawah lambang parti sedia ada.
Perjumpaan salah seorang pengasasnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Muar dengan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menimbulkan persepsi, itu mungkin pilihan yang terbaik.
Dalam catatan terbaharunya di Facebook, Syed Saddiq berkata Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna merupakan seorang yang sangat beliau hormati.
“Datuk Seri adalah seorang yang sering saya jadikan sebagai contoh.
"Beliau seorang ahli politik yang mempunyai kepercayaan penuh kepada perpaduan dan kepelbagaian kaum.
“Rakyat Malaysia sudah penat dengan iklim politik sedia ada. Ia langsung tidak membantu kita untuk terus maju ke hadapan sebagai sebuah negara.
"Terlampau banyak potensi tersembunyi yang perlu dicungkil, dan saya percaya politik melampau telah menghalang kita berbuat demikian,” katanya lagi.
BACA: Selepas Pejuang, permohonan pendaftaran MUDA turut ditolak
BACA: Warisan ke Semenanjung bukan untuk berlawan dengan sesiapa - Shafie Apdal
Syed Saddiq dalam catatannya itu berkata Malaysia memerlukan sekumpulan pemimpin yang mampu memandu negara ini ke hadapan, bukan hanya bergantung kepada seorang individu semata-mata.
Pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Warisan yang berlangsung Disember lepas, Mohd Shafie dilaporkan berkata parti itu akan membuka cawangan di Semenanjung, khususnya di kawasan yang mempunyai ramai rakyat Sabah.
Katanya langkah yang bakal dilakukan parti itu adalah perkara yang dibenarkan dalam Perlembagaan negara dan Warisan bukan parti pertama dari Sabah yang berbuat demikian.
"Tidak hanya Warisan, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) pernah bertanding di Semenanjung seperti di Perak... di Pulau Pinang... jadi seperti yang saya nyatakan, kalau parti dari Semenanjung boleh wujud di Sabah, mengapa pula parti dari Sabah tidak boleh wujud di Semenanjung,” katanya kepada sidang media berkenaan.
Dalam pada itu, sumber memberitahu penyertaan MUDA ke Warisan sedang dalam perbincangan, namun ia bergantung kepada situasi semasa.
Selain itu, beliau berkata, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad juga sedang mempertimbangkan kemungkinan yang sama memandangkan pendaftaran mereka juga masih tidak diluluskan RoS.
Firdaus Azil
Mon Jan 11 2021
Parti Warisan Sabah pimpinan Shafie Apdal sebelum ini sudah memaklumkan hasrat mereka untuk lebarkan sayap ke Semenanjung. -Gambar fail
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
Laluan Kereta Api Trans Borneo perlu libatkan pantai timur Sabah - Shafie Apdal
Beliau berkata projek berkenaan merupakan pemangkin dalam membangunkan ekonomi kawasan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah, tetapi laluan kereta api itu hanya terbatas sehingga Kota Kinabalu sahaja.
Bekas KM Sabah sifatkan Taib Mahmud penyumbang penting satukan rakyat Sarawak, Malaysia
Mereka menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai penyumbang penting terhadap penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
Tuntut pampasan 11 ADUN: 'Tindakan tidak masuk akal'
ADUN Sindumin itu berkata, beliau tidak tahu punca Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil tindakan itu.
20 peratus hasil sawit tidak dapat dituai kerana kurang pekerja
Sekurang-kurangnya 20 peratus hasil sawit tidak dapat dituai berikutan kekurangan buruh, justeru memerlukan kerajaan memperkenalkan inisiatif tambahan bagi memastikan industri itu kekal mampan.
Parlimen: Tiada langkah basmi kemiskinan di 8 daerah Sabah - Mohd Shafie
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui proses pembinaan LPB di Sabah amat lambat berbanding di Sarawak.
Shafie Apdal nafi libat dalam isu pengambilan tanah di Kudat
Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau telah mengambil pendekatan perundangan bagi menyangkal dakwaan tidak berasas itu.
Ketua Wira Pusat Warisan letak jawatan, keluar parti
Mohd Ismail Ayob meletakkan jawatan sebagai Ketua Wira Pusat Parti Warisan (Warisan) dan Ketua Bahagian Warisan Kinabatangan sekaligus keluar daripada parti berkenaan.
Surat ditandatangan bukan bon atau kosongkan kerusi
Sebaliknya, katanya, surat itu hanya berkaitan individu dijadikan calon dan berjanji supaya setia kepada parti.
DUN Sabah: Enakmen bekalan tenaga elektrik dibentang sebelum hujung tahun ini
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Enakmen bekalan tenaga elektrik di Sabah akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum hujung tahun ini.
RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.