KUALA LUMPUR: UMNO meminta pemimpin parti gabungan dalam kerajaan termasuk Pakatan Harapan (PH) agar menegur ahli masing-masing yang membuat kenyataan 'antagonistic' dan mengkritik pengurangan hukuman serta denda terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, individu berkenaan yang disifatkan sebagai "kacang hantu" turut ada di dalam parti Melayu itu.
Begitu pun, beliau menegaskan, pandangan tersebut tidak mencerminkan pendirian rasmi parti, kerana ia tidak dikeluarkan oleh pemegang jawatan utama parti.
"Minta, saya minta ketua-ketua parti (dalam gabungan kerajaan) tegur ahli parti yang berkenaan untuk tarik balik, padam tulisan mereka dan mohon maaf atas keterlanjuran.
"Saya harap perkara ini dapat meredakan dan menjernihkan kekeruhan," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian selepas berucap pada Majlis Amanat Menteri Kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan Agensi KKDW hari ini.
Terdahulu, bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua selesai direkod keterangan susulan kenyataannya yang didakwa menghina institusi diraja berkaitan pengampunan Najib.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menambah hubungan antara DAP dan parti-parti gabungan kerajaan juga tidak terkesan susulan kritikan terhadap perkara itu.
"Namun sebagai sebuah gabungan dalam parti-parti Kerajaan Perpaduan Madani, kita menyantuni perbezaan pendapat dan kita masih menaruh penuh hormat kepada kepimpinan utama parti kerana ia akan menajdi pendirian dan pegangan parti," ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid memaklumkan beliau tidak boleh menghalang mana-mana ahli termasuk daripada pemimpin sayap untuk membuat laporan polis terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh individu terbabit.
Tegasnya lagi, UMNO akan meneruskan usaha untuk membela bekas Ahli Parlimen Pekan itu, kerana mendakwa Najib tidak diberikan keadilan sewajarnya sejak dari awal prosiding perbicaraan di mahkamah.
"Bukan (minta) pembebasan ya, tetapi pembelaan. Saya harap media boleh betulkan.
"Satu (UMNO buat) rayuan, kedua (minta) pembelaan, sebab apa yang disebut sebagai mercu keihsanan atau 'fountain of mercy' itu hanya ada pada Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Pada Jumaat lalu, Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan beliau dijangka dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, turut memaklumkan denda yang perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Hasimi Muhamad
Mon Feb 05 2024
Ahmad Zahid ditemui media selepas menghadiri Majlis Amanat Bersama Ahli Lembaga Pengarah serta Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan Tunggal Agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di hari ini. - Foto Bernama
Anwar rai jasa Prof Izutsu, penterjemah al-Quran ke bahasa Jepun
Antara sumbangan Prof Toshihiko Izutsu yang luar biasa dan paling diingati ialah pencapaiannya menterjemah Al-Quran ke bahasa Jepun.
PDRM kesan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' libat kerugian lebih RM2 juta
PDRM mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' yang menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi Facebook dengan keuntungan dalam tempoh antara tiga hingga enam jam.
SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat berkenaan juga tidak bernaung di bawah SKM.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Papua New Guinea pantau situasi kejadian tanah runtuh
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby boleh dihubungi melalui nombor telefon 675-3251506 (waktu pejabat) dan 675-3252076 (selepas waktu pejabat).
48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok
Setakat tengah hari Jumaat, masih terdapat 34 pesakit yang dirawat di Srinakarin, 12 di Sukhumvit dan dua di Hospital Bangkok.
Sepak takraw: Malaysia sekarang lebih kuat dari Thailand - Pengurus Thailand
Pengakuan itu dibuat Tumpracha selepas menyaksikan Malaysia menumbangkan Thailand dalam acara double dan regu di Stadium Titiwangsa, Rabu lepas.
DSA NATSEC Asia 2024 buka peluang integrasi teknologi terkini dalam keamanan negara
Penganjuran DSA NATSEC Asia 2024 memberi peluang kepada syarikat industri pertahanan dan keselamatan tempatan memperkenalkan serta mempamerkan keupayaan masing-masing selari dengan kemajuan teknologi.
Dituduh curi wang, warga emas dipukul anak dengan kerusi
Siasatan awal mendapati punca kejadian ialah suspek yang berusia 35 tahun menuduh bapanya telah mengambil wang sebanyak RM1,500.
Restoran runtuh di Kepulauan Balearic Sepanyol, 4 terkorban
Insiden itu berlaku apabila sebuah restoran yang terletak di tingkat bawah bangunan tersebut tenggelam ke tingkat bawah tanah.
Bank Dunia lulus projek AS$40 juta bantu sektor pekerjaan Kemboja
Di bawah Skills for Better Jobs Project, kira-kira 33,000 rakyat Kemboja dijangka menerima latihan untuk meningkatkan kualiti pasaran buruh.
Pengampunan Najib: Tegur 'kacang hantu' dalam parti gabungan kerajaan - Zahid
Pandangan tersebut tidak mencerminkan pendirian rasmi parti, kerana ia tidak dikeluarkan oleh pemegang jawatan utama parti.