awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengekalan Akta Hasutan sudah dijangka - Rafizi Ramli

Sathesh Raj
Sathesh Raj
27/11/2014
07:56 MYT
Pengekalan Akta Hasutan sudah dijangka - Rafizi Ramli
RAFIZI: UMNO akan bertindak menggunakan akta tersebut apabila berdepan kritikan atau penentangan.
Pengumuman pengekalan Akta Hasutan 1948 agak “mengecewakan, namun sudah dijangka.”
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi, selain mendakwa UMNO akan bertindak menggunakan akta tersebut apabila berdepan kritikan atau penentangan.
Tambahnya, persidangan yang seharusnya memfokus kepada perkara yang lebih penting seperti isu ekonomi dan peningkatan kos sara hidup, sebaliknya digunakan hanya untuk berbincang soal bangsa dan agama.
Sementara itu, pengarah eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen ketika dihubungi bimbang akta ini akan disalah guna selain penerapannya yang mungkin berat sebelah.
"Ia mungkin disalah guna sepertimana ISA untuk mensasarkan pihak Pembangkang dan penentang, juga mencetuskan suasana takut," katanya.
Dalam ucapan polisinya pada Perhimpunan Agung UMNO ke-68, perdana menteri yang juga presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak.
Beliau menekankan bahawa akta tersebut perlu bagi melindungi kesucian semua agama.
Katanya, akta itu juga akan digunakan terhadap mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#eric paulsen
#Lawyers for Liberty
#PKR
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan