awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengundi muda jadi rebutan parti politik - Ilham Centre

Hilal Azmi
Hilal Azmi
08/10/2015
00:34 MYT
Pengundi muda jadi rebutan parti politik - Ilham Centre
Dengan jumlah melebihi 13 juta orang, pengundi muda dianggap mampu menentukan prestasi parti politik dalam PRU14. -Gambar hiasan
Pengundi muda dijangka menjadi satu segmen penting dan kayu ukur tentang sejauh mana kekuatan sesebuah parti ketika Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14).
Sifat mereka yang tidak sewenang-wenangnya berpihak kepada mana-mana parti, sebaliknya membuat penilaian berdasarkan faktor rasional menyebabkan sokongan mereka kini jadi buruan.
Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada mana-mana parti politik berani mendakwa mendapat sokongan pengundi muda yang terdiri daripada pengundi di bawah umur 25 tahun.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar, dengan jumlah melebihi 13 juta orang, pengundi muda dianggap mampu menentukan prestasi parti politik dalam PRU14.
"Menariknya segmen pengundi muda ini, daripada tinjauan kami mendapati tiada parti politik yang berani mendakwa pengundi muda bersama parti mereka.
"Jadi, segmen pengundi muda masih menjadi rebutan, malah penentu kepada kejayaan sesebuah parti politik," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di sini pada Rabu.
Tambah Hisommuddin, penilaian yang dibuat pengundi muda adalah atas dasar rasional.
"Penilaian oleh pengundi muda lebih luas malah kami kategorikan mereka ini sebagai segmen terapung kerana ia bergantung kepada isu yang bakal membawa haluan mereka.
"Orang muda mengundi atas dasar rasional tanpa memikirkan dasar kekuatan parti ataupun jentera.
"Oleh yang demikian, segmen pengundi muda masih terbuka luas dan ia kini bergantung kepada strategi parti politik bagi menjuarai persepsi kelompok ini," tambahnya.
Dalam kajian yang dibuat Ilham Centre, mereka mendapati, penilaian yang dibuat golongan muda bergantung kepada isu, sentimen dan persepsi terutamanya yang dimainkan menerusi platform media sosial.
Pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, kumpulan pengundi muda mencecah 5.2 juta orang daripada 13.2 juta pemilih.
Topic Berkaitan
#Hisommudin Bakar
#ILHAM Centre
#pengundi muda
#pilihan raya
#PRU 14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan