awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penstrukturan semula Exco Johor tidak jejas segala perancangan termasuk belanjawan

Bernama
Bernama
17/02/2024
11:16 MYT
Penstrukturan semula Exco Johor tidak jejas segala perancangan termasuk belanjawan
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon (dua, kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Johor K Raven Kumar (tiga, kanan) merasmikan Program Harmoni Sempena Tahun Baharu Cina. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Penstrukturan semula portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor (Exco) tidak akan menjejaskan segala perancangan termasuk yang telah dibentang dalam Belanjawan 2024, kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar.
Raven Kumar, yang turut terlibat dalam pertukaran itu, berkata segala perancangan berjalan seperti biasa dan sebarang perubahan akan dibincang oleh Exco terlibat.
"Kita di Johor ini, apa yang kita hendak pastikan adalah, apa yang Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa mengumumkan Belanjawan 2024 diteruskan... apa-apa idea atau perubahan, kita akan bincangkan kerana amanat yang telah diberikan itu perlu diteruskan, itu yang paling penting," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Harmoni Sempena Tahun Baharu Cina Tahun 2024 di Tokong Fo Guan Shan Hsing Mi di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon.
Ling, yang sebelum ini memegang portfolio perpaduan, berkata beliau dan Raven Kumar akan bertemu Isnin ini bagi membincangkan perancangan masing-masing ketika memegang portfolio lama.
Pada 13 Feb lepas, Onn Hafiz mengumumkan penstrukturan semula portfolio exco Johor bagi 2024-2027 dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Surat Aznan Tamin sebagai muka baharu barisan pentadbiran negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rombakan Exco Johor
#kerajaan negeri Johor
#K Raven Kumar
#Belanjawan Negeri Johor 2024
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan