awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2022 pada 3 hingga 5 Mac

Bernama
Bernama
20/01/2023
13:54 MYT
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2022 pada 3 hingga 5 Mac
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2022 akan diadakan pada 3 hingga 5 Mac depan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2022 akan diadakan pada 3 hingga 5 Mac depan.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata perkara itu ditetapkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang diadakan semalam dan selaras dengan Fasal 12.2 Perlembagaan parti berkenaan.
Beliau juga memaklumkan Persidangan Cawangan 2023 akan diadakan pada 1 Julai hingga 31 Ogos, Persidangan Sayap-Sayap Bahagian pada 7 Okt, Persidangan Bahagian pada 21 Okt dan Perhimpunan Agung Tahunan 2023 dari 23 hingga 25 Nov.
"Sehubungan itu, pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa Cawangan, Bahagian dan Ahli MPT bagi penggal yang baharu akan diadakan pada tarikh-tarikh seperti di atas selaras dengan perlembagaan parti," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Hamzah berkata MPT juga telah membincangkan laporan pascanilai keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 dan strategi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu
#Hamzah Zainudin
#persidangan
#MPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan