PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus sedia bekerjasama dan memperkukuh hubungan dengan UMNO di peringkat kerajaan Persekutuan.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya tidak menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan parti itu demi kesejahteraan rakyat.

Jelasnya, hubungan baik antara Bersatu bersama kepimpinan kerajaan negeri dan pemimpin UMNO sudah terjalin sekian lama dan akan terus diperkukuhkan.

"Apabila bercakap soal PRN Johor, mereka lupa bahawa hari ini di kerajaan Persekutuan,  saya dari Perikatan Nasional (PN) memberi kerjasama dengan UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).     

"Pada masa sama, Timbalan Menteri saya, Datuk Seri Ti Lian Ker yang turut merupakan menteri dari MCA yang mendukungi parti BN. Jadi, kami tiada masalah untuk bekerjasama. Hakikatnya, kami juga telah memang bekerjsama baik di peringkat kerajaan Persekutuan, " katanya selepas merasmikan Amanat Tahun 2022 kepada warga Kementerian Belia Sukan (KBS) di Dewan Podium , di sini pada Khamis.

PRN Johor | Bersatu sedia kerjasama dengan UMNO

BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: PKR, Amanah bertanding 20 kerusi, DAP 16 kerusi
 
Sabtu lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada PRN Johor. 

Susulan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 9 Feb ini untuk menentukan tarikh PRN Johor ke-15, termasuk tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Dafter Pemilih dan persiapan lain-lain.