awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persepsi kerajaan bermasalah, itu tugas pembangkang - Saifuddin Nasution

Faida Rahim
Faida Rahim
10/05/2023
16:05 MYT
Persepsi kerajaan bermasalah, itu tugas pembangkang - Saifuddin Nasution
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya tidak akan melayan dakwaan dan persepsi negatif. - Gambar fail/FB Saifuddin Nasution
KUALA LUMPUR: Tindakan membina persepsi bahawa Kerajaan Perpaduan merupakan kerajaan bermasalah adalah tugas pihak pembangkang.
Justeru, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya tidak akan melayan dakwaan dan persepsi negatif.
Sebaliknya, beliau memberitahu, fokus kerajaan ketika ini adalah menyelesaikan isu rakyat dan isu ini akan dibincangkan di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada Ahad.
“Soal membina persepsi bahawa Kerajaan Perpaduan ini bermasalah, itu tugas mereka. Kalau tidak pembangkang tiada kerja. Mereka boleh teruskan. Yang paling penting, pada akhir Konvensyen ke-14 adalah apa yang boleh rakyat tengok.
“Rupanya Kerajaan Perpaduan pejam celik enam bulan mereka betul-betul dapat memaparkan suatu barisan kombinasi yang betul compact, united, functional dan inclusive. Di suatu sisi lain yang elemen luar itu, mereka lebih menjurus kepada satu segmen sahaja kepentingan dengan fatwa dan alasan yang berubah-ubah.
“Kami takkan masuk dalam arena gelanggang seumpama itu. Kami akan bawakan pendekatan politik inklusif, persuasif, mutual respect dan inilah ramuan Malaysia dan acuan Kerajaan Perpaduan,” katanya di program Agenda AWANI pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada blok pembangkang agar mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan pada sidang Parlimen minggu hadapan.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Pakatan Harapan
#Saifuddin Nasution
#undi tidak percaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan