awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, medan perkukuh perjuangan - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
07/04/2025
09:00 MYT
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, medan perkukuh perjuangan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata ini masanya untuk ahli parti memperkemas gerak kerja, menyuarakan pandangan akar umbi serta memperkukuh saf dengan penuh kebijaksanaan dan kesepaduan. -Facebook
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu dimanfaatkan sebagai medan memperkukuh perjuangan, memahami cabaran politik semasa dan menyusun langkah bagi memastikan parti itu terus relevan dalam landskap politik yang sentiasa berubah.

Ringkasan AI
  • Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini dan perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh perjuangan dan memahami cabaran politik semasa.
  • Ahmad Zahid menggesa ahli parti memperkemas gerak kerja, menyuarakan pandangan akar umbi, dan memperkukuh saf dengan kebijaksanaan.
  • Persidangan Tahunan UMNO Cawangan berlangsung dari 7 April hingga 25 Mei, diikuti Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ini masanya untuk ahli parti memperkemas gerak kerja, menyuarakan pandangan akar umbi serta memperkukuh saf dengan penuh kebijaksanaan dan kesepaduan.
"Semoga persidangan ini menjadi asas kukuh untuk kita memperteguh perjuangan dan terus memberikan khidmat bakti dengan penuh komitmen dan dedikasi," katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.
Beliau turut mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO cawangan-cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara bermula hari ini hingga 25 Mei depan.
Pada 12 Mac lepas mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan tarikh untuk mengadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan pada 7 April hingga 25 Mei, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian (9 Jun hingga 27 Julai) dan Perhimpunan Agung UMNO dari 20 hingga 23 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#persidangan cawangan UMNO
#Perhimpunan Agung UMNO
#Persidangan Tahunan UMNO Cawangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan