IPOH:Pergerakan Pemuda UMNO Perak yakin pertukaran Menteri Besar Perak tidak akan mengubah status kerajaan negeri yang masih kekal padu berteraskan kerjasama parti-parti di dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
Justeru, Ketua Pemuda UMNO Perak, Mohd Ariff Abdul Majid mengajak seluruh rakyat memberi kepercayaan dan dukungan penuh kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi mempertimbangan dengan penuh kebijaksanaan untuk memilih Menteri Besar yang baharu.
Menurutnya, Pemuda UMNO menumpahkan sepenuh taat setia dan akan sentiasa akur dengan apa jua keputusan baginda.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Undi Percaya DUN Perak - Faizal gagal peroleh sokongan majoriti
Katanya, keputusan undi percaya terhadap Ahmad Faizal tentunya mencetuskan polemik dan kegusaran kepada rakyat dengan pelbagai spekulasi yang tidak benar mula dibangkitkan terutamanya di media sosial.
“Hakikat yang tidak disedari isu pertukaran Menteri Besar Perak ini bukan sesuatu yang baru memandangkan ia pernah berlaku sebelum ini tanpa melibatkan sebarang proses Pilihan Raya Negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas, keputusan usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini yang menyaksikan Menteri Besar itu gagal mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Dalam proses pengundian yang dijalankan secara sulit itu, usul yang dibawa ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abdul Manap Hashim hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 yang tidak menyokong dan satu berkecuali.
Mohd Ariff berkata, keputusan yang dibuat itu sudah tentu mempunyai asas pertimbangan tertentu yang dilakukan oleh setiap ADUN bagi memastikan amanah rakyat negeri Perak sentiasa terpelihara.
Menurutnya, Pemuda UMNO Perak merakamkan penghargaan kepada Ahmad Faizal di atas khidmat beliau selama menjawat jawatan Menteri Besar.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Dec 04 2020

Pergerakan Pemuda UMNO Perak yakin pertukaran Menteri Besar Perak tidak akan mengubah status kerajaan negeri. - Foto Sinar Harian

JKNS ambil berat persekitaran kerja, keselamatan dan keperluan asas petugas
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan

COVID-19: Malaysia antara negara terawal di dunia gunakan RTK-Ag
RTK-Ag telah digunakan untuk memastikan keputusan saringan apabila penularan COVID-19 didapati tinggi dalam kawasan penduduk tertentu.

Beberapa cawangan, pejabat LHDN ditutup sementara
Beberapa cawangan dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri tertentu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Co-opbank Pertama dinobat koperasi terbaik negara 2020
Co-opbank Pertama (CBP) dipilih sebagai koperasi terbaik di seluruh negara, sekali gus mencatatkan pencapaian membanggakan sejak penubuhannya pada tahun 1950.

Industri insurans dan takaful cari kaedah kurangkan perbelanjaan pesakit COVID-19
Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19.

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penafian berita palsu tular 17 Jan - KKMM
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Kebakaran | Bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM
Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.

Banjir Sarawak | Barangan keperluan asas telah dihantar ke pedalaman
Keadaan cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan hingga Ahad memaksa Angkatan Pertahanan Awam bertindak pantas. Justeru, bantuan bekalan makanan asas dihantar ke pusat penyimpanan di pedalaman Sarawak. Kesiapsiagaan itu diambil sekiranya banjir melanda kawasan pedalaman yang memerlukan perjalanan lama.

Pertukaran MB tidak mengubah status kerajaan negeri - Pemuda UMNO Perak
Pergerakan Pemuda UMNO Perak yakin pertukaran Menteri Besar Perak tidak akan mengubah status kerajaan negeri.