YAN: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dibayangi ketakutan berhubung akuan bersumpah (SD) yang didakwa mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata, penafian oleh pimpinan kedua-dua parti menyerlahkan lagi sikap mereka yang bimbang sekiranya ia menjadi kenyataan.
“Pasal apa dia takut sangat? Pasal dia tahu kita ada (angka) kan. Kalau dia tak nafi mungkin orang anggap perkara itu sebagai khabar angin saja. Bila dinafikan perkara itu, mengikut petua orang tua katanya benda itu betul,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) Kedah sempena Himpunan Jentera Pilihan Raya PN Kedah di Padang Awam Guar Chempedak di sini pada malam Sabtu.
Hadir sama, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta kepimpinan tertinggi PN Kedah.
Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN berkata, mereka juga menanti-nantikan saat itu dan berharap ia menjadi kenyataan.
“Saya nak mengesahkan pun tak tahu. Nak nafi pun tak tahu. Saya gembiralah kalau boleh berlaku dan saya menanti-nantikan saat itu. Saya doakan ia menjadi kenyataan,” katanya apabila ditanya mengenai ura-ura wujudnya gerakan untuk menumbangkan kerajaan.
Sebelum ini, Hamzah selaku Ketua Pembangkang membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar pihak yang mendakwa kononnya mempunyai sokongan kukuh untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan agar membawa usul berkenaan ke sidang Parlimen akan datang.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi secara berseloroh meminta pihak yang meragui kesahihan ‘angka’ tersebut agar merujuk kepada Ahli Parlimen bagi memastikan adakah ia sesuatu yang mustahil.
“Sangat tidak mustahil (untuk berlaku). Janganlah tanya saya (jumlah SD) sebab saya bukan Ahli Parlimen.
“Saya tak tahu (berapa angka), tetapi yang mereka sedang bercakap banyak itu lah,” jelasnya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 14 2023
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dibayangi ketakutan berhubung akuan bersumpah yang didakwa mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan. - Gambar SINAR HARIAN
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
PH, BN dibayangi ketakutan angka SD - Muhammad Sanusi
Penafian oleh pimpinan kedua-dua parti menyerlahkan lagi sikap mereka yang bimbang sekiranya ia menjadi kenyataan.