Pakatan harapan (PH) gagal memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) membuatkan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua pihak supaya bersetuju dan menyokong keputusan pembahagian kerusi yang diputuskan pucuk pimpinan pakatan itu.
Mengakui terdapat masalah dalam hal pembahagian kerusi, Dr Mahathir berkata semestinya akan ada banyak pihak yang tidak puas hati dengan pengagihan tetapi matlamat utama adalah kemenangan calon yang bertanding.
"Kita akui akan ada masalah pembahagian kerusi, akan ada rasa kecewa apabila kawasan yang diharapkan dapat kepada parti lain.
"Yang penting bukan dapat kawasan untuk bertanding kepada parti itu, kawasan itu tidak penting. Apa gunanya kalau jadi calon untuk bertanding tetapi kalah," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan Pulau Pinang di SP Arena di sini malam tadi.
Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meminta anggota pembangkang supaya membelakangi parti mereka masing-masing demi kepentingan dan kemenangan pakatan harapan.
"Kalau nak bersatu, kita kena belakangi parti sendiri dan utamakan pakatan harapan supaya kemenangan itu akan dikecapi," katanya.
Beliau berkata hanya kerusi Parlimen sahaja yang berjaya dipersetujui oleh keempat-empat parti dan beliau menganggap itu suatu pencapaian besar.
"Itu merupakan satu pencapaian yang besar dalam mempersetujui kerusi-kerusi Parlimen walaupun tempoh masa dari tarikh PRU14 masih jauh," katanya.
Bulan lepas, Konvensyen PH Negeri Sembilan kecoh apabila kira-kira 40 anggota PPBM yang tidak berpuas hati dengan agihan kerusi DUN, membantah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2018
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menggesa semua pihak supaya bersetuju dan menyokong keputusan pembahagian kerusi yang diputuskan pucuk pimpinan pakatan itu. - Gambar fail
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
Pencemaran sungai Batang Benar: NS tunggu laporan terperinci
Kerajaan Negeri Sembilan sedang menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, berhubung pencemaran sungai di Batang Benar, Nilai.
Peningkatan usahawan wanita bukti kematangan kendali perniagaan
Peningkatan pembabitan wanita dalam bidang keusahawanan menunjukkan kematangan mereka mengendalikan perniagaan.
PRN Sabah: Srikandi Bersatu senarai 10 nama
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyenaraikan 10 nama calon wanita daripada sayap itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Blok kerajaan, pembangkang senada sokong RUU Langkah Sementara Pembiayaan Kerajaan COVID-19
Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang hari ini senada dalam menyokong Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020.
Ahli Parlimen rakam penghargaan kepada petugas barisan hadapan
Penghargaan terhadap petugas barisan hadapan yang tanpa lelah memerangi COVID-19 menjadi antara tumpuan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
Puteri kongsi gambar lama dipangku Agong sempena Hari Bapa
Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah mencoret ucapan ringkas tapi istimewa ini untuk ayahanda baginda.
COVID-19: MARA umum RM6 juta insentif tambahan, bantu usahawan terjejas
Ia dijangka memanfaatkan 600 usahawan di bawah MARA.
PH tidak sempurna, namun tiada salah guna kuasa - Anwar
Anwar berkata, pemerintahan PH lebih terarah kepada cara memperbaiki serta menguruskan pentadbiran negara yang lebih bertanggungjawab.
Azizah Dun dilantik Pengerusi Mara baharu
Watikah pelantikan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dilakukan secara dalam talian, pada Jumaat.
Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati hari ini.