awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH laksana jelajah di enam negeri sebagai persediaan PRN

Bernama
Bernama
11/12/2022
20:03 MYT
PH laksana jelajah di enam negeri sebagai persediaan PRN
SAIFUDDIN NASUTION: Kami bersetuju, selain tugas mengurus kementerian, kita perlu memberi tumpuan kepada persiapan parti dan PH menghadapi PRN. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR GAJAH: Pakatan Harapan (PH) akan melaksanakan program jelajah bermula awal tahun depan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Ketua Setiausaha PH, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia adalah tugas 'maha mustahak' gabungan itu dalam usaha meyakinkan pengundi di keenam-enam negeri untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Dalam perbincangan dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli beberapa hari lepas, kami bersetuju, selain tugas mengurus kementerian, kita perlu memberi tumpuan kepada persiapan parti dan PH menghadapi PRN yang tempohnya dalam lingkungan enam bulan dari sekarang.
"Jadi kita kata ini juga adalah tugas maha mustahak yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Semarak Azam Baru 2023 'Dari Harapan ke Perpaduan' di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Machap Baru, di sini, semalam.
Hadir sama Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) merangkap Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.
Enam negeri yang belum membubarkan DUN masing-masing ialah Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#program jelajah
#PRN
#bubar DUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan