awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Mesir sedia jadi tuan rumah persidangan pemulihan Gaza
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
64 peratus syarikat pengendali kenderaan perdagangan gagal patuhi JISA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITIK

PH-BN bukan 'parti Malaya', ada komponen tempatan - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
29/06/2025
13:32 MYT
Sponsor Banner
PH-BN bukan 'parti Malaya', ada komponen tempatan - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan berkata, dalam BN ada PBRS yang merupakan parti tempatan manakala PH pula turut dianggotai UPKO, juga parti lokal. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kehadiran lebih tiga dekad UMNO di Sabah membuktikan parti itu bukan lagi boleh dilabel sebagai 'parti luar' atau 'parti Malaya' sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada landskap politik Negeri Di Bawah Bayu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) hanyalah gabungan parti Malaya adalah tidak tepat kerana kedua-dua gabungan turut mempunyai parti tempatan dalam komponen masing-masing.
"Ada yang kata PH dan BN ini hanyalah parti Malaya namun sebenarnya, dalam BN ada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang merupakan parti tempatan manakala PH pula turut dianggotai Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), juga parti lokal.
"Jadi kalau nak sebut BN-PH adalah parti Malaya semata-mata, itu tidak betul kerana kedua-dua gabungan ini jelas mempunyai komponen parti tempatan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Selayang 2025 di Acara Event Space, Jalan Melati, Kuang, Sungai Buloh hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Selayang Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Selayang Reny Rahayu Mohd Ishak.
Ahmad, yang juga Ketua Sekretariat War Room Malaysia, berkata bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, beliau dipertanggungjawab bagi menggerakkan war room di negeri itu bersama Setiausaha Perhubungan Negeri Sabah Datuk Jafry Ariffin bagi memastikan jentera pilihan raya lebih tersusun dan berkesan.
Beliau berkata war room bukan hanya berfungsi untuk mengumpul data semata-mata sebaliknya merangkumi penglibatan semua sayap dan jentera parti termasuk Wanita, Pemuda, Puteri serta pasukan penerangan bagi memperkukuh gerak kerja di peringkat akar umbi.
"Saya yakin dengan pendekatan ini, UMNO yang sebelum ini memenangi 14 kerusi boleh menambah kemenangan kerusi dan meraih kejayaan pada PRN akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Barisan Nasional
#parti tempatan
#Sabah
#UPKO
#PBRS
#Ahmad Maslan
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami