KUALA LUMPUR: Beberapa pimpinan UMNO tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menghadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO, pada Jumaat.
Antaranya, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.
Kehadiran pimpinan tersebut juga bagi menyertai Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan bermula malam ini.
Perbincangan Mesyuarat MKT UMNO itu dipercayai membincangkan mengenai tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Petugas media difahamkan telah berada di pekarangan lobi Menara Dato Onn, WTC sejak jam 2.30 petang bagi membuat liputan mengenai mesyuarat berkenaan.
Pada 19 September, media melaporkan Ismail Sabri berkata bahawa pertemuan dengan lima kepimpinan tertinggi UMNO adalah bagi membincangkan tarikh PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat mungkin sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan.
Pada 16 September lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa Mesyuarat MKT UMNO yang dijadualkan berlangsung pada 17 September ditangguhkan ke 30 September.
Ujar Ahmad Maslan, penangguhan itu ekoran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden parti terlibat dengan Majlis Perasmian Sukan Malaysia (Sukma) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada malam berkenaan.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 30 2022

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hadir di Menara Dato' Onn, di sini, pada Jumaat. - fotoBERNAMA

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.

PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Naikkan harga 30 produk, KPDN tunggu jawapan Gardenia
Menurut Fuziah, Gardenia diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut yang dijadual bermula 1 Oktober ini.

Lebih 100,000 dijangka meriahkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023
Penganjuran karnival tersebut diadakan sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.

MKT UMNO sesi 2023-2026 adakan mesyuarat pertama hari ini
Pimpinan baharu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sesi 2023 hingga 2026 mengadakan mesyuarat pertamanya di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia, hari ini.

Mesyuarat MKT: UMNO pecat seorang ketua bahagian, dua ketua wanita bahagian
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memecat tiga ahlinya, seorang ketua bahagian dan dua ketua wanita bahagian.

Pimpinan UMNO mula tiba, hadiri Mesyuarat MKT
Beberapa pimpinan UMNO tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menghadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO, pada Jumaat.

MKT UMNO bermesyuarat malam ini, kali pertama disertai Naib Presiden parti sebagai Perdana Menteri
Mesyuarat MKT sepatutnya berlangsung pada Sabtu lepas, namun ditangguh sebanyak dua kali, sebelum tarikh dimuktamadkan hari ini.