awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR berdiri teguh di belakang Azmin, kutuk politik keji

Israr Khalid
Israr Khalid
12/06/2019
13:31 MYT
PKR berdiri teguh di belakang Azmin, kutuk politik keji
ANWAR: Keadilan berharap Datuk Seri Azmin dan keluarga bertabah dan sabar dalam menghadapi dugaan besar ini. -Gambar fail
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa parti mengulangi komitmen untuk menolak politik jijik dan keji berhubung penularan siri video intim yang dikaitkan dengan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Katanya, negara sepatutnya menumpukan pada soal ekonomi dan sosial dan tidak terheret ke dalam kancah yang hina.
“Keadilan berharap Datuk Seri Azmin dan keluarga bertabah dan sabar dalam menghadapi dugaan besar ini.
“Kami juga menyokong penuh siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berharap proses tersebut dapat dilakukan dengan adil dan teliti,” ujarnya pada sidang media selepas mesyuarat Biro Politik PKR di ibu pejabatnya, di sini, hari ini.
Sidang media seusai mesyuarat jam 7:15. Kata DS Anwar, PKR berdiri teguh di belakang DS Azmin, mengeji & menolak politik jijik, dan serahkan sepenuhnya kes untuk disiasat SPRM & PDRM.@501Awani pic.twitter.com/CUvQKbTWgA
— kataisrarkhalid (@kataisrarkhalid) June 12, 2019
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menegaskan bahawa ketika ini tidak ada bukti untuk mengatakan bahawa ia didalangi orang dalam atau luar, biarpun ada dakwaan mengatakan ia serangan dari dalam parti itu sendiri.
Mohamed Azmin tidak hadir pada mesyuarat tersebut, tetapi Anwar memberitahu bahawa mereka berdua ada bercakap panjang menerusi telefon semalam.
“Hari ini belum ada keputusan kerana kita kaji ada beberapa implikasi lain, jadi kita tidak mahu mengganggu hal itu dan juga kita belum ada jawapan.
“Kita akan bersidang lagi dalam masa terdekat kerana perkara ini dilihat belum berkesudahan, jadi kita perlu teliti lagi,” maklumnya.
Mengenai kedudukan ahli PKR yang membuat pengakuan sebagai orang di dalam video intim tersebut, Haziq Abdullah Abdul Aziz, Anwar menyerahkan perkara itu kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin untuk sebarang tindakan.
Haziq Abdullah, 27, merupakan setiausaha sulit kanan kepada Shamsul dan juga Ketua Pemuda PKR Santubong.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Haziq Abdullah Abdul Aziz
#PDRM
#PKR
#Shamsul Iskandar Md Akin
#SPRM
#video intim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan