awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR kenal pasti calon Pilihan Raya Negeri Sarawak - Azmin

Bernama
Bernama
24/02/2016
11:44 MYT
PKR kenal pasti calon Pilihan Raya Negeri Sarawak - Azmin
AZMIN: Keadilan telah mengenal pasti calon selepas saringan dibuat dan mereka yang dikenal pasti itu menepati KPI parti.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengenal pasti calon yang berpotensi termasuk beberapa muka baharu bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata calon berkenaan telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat PKR dan akan diumumkan selepas pengumuman mengenai tarikh pilihan raya negeri Sarawak.
"Keadilan telah mengenal pasti calon selepas saringan dibuat dan mereka yang dikenal pasti itu menepati KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang ditetapkan parti.
"Calon-calon ini ialah antara tokoh lama yang mempunyai pengalaman luas dalam politik Sarawak dan kita juga ada mengetengahkan beberapa tokoh muda profesional," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor di sini, hari ini.
Sementara itu, mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mempersoalkan tindakan beliau membantah pemecatan dua wakil rakyat PKR sebagai pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Pulau Pinang, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata perkara itu adalah hasil keputusan yang dicapai Biro Politik PKR.
BACA: Guan Eng ingatkan Azmin jangan campur urusan negeri Pulau Pinang
"Saya telah jelaskan sebelum ini, keputusan (membantah) itu merupakan keputusan Biro Politik (PKR) pusat dan bukan keputusan atas nama (Mohamed) Azmin. Saya hanya menyampaikan keputusan parti bukan (keputusan) saya," katanya.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah Ong Chin Wen dan ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Peng, dipecat selepas bersikap berkecuali semasa mengundi terhadap usul mengenai penambakan tanah yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, November lepas.
Ong ditamatkan khidmatnya sebagai Pengarah Penang Invest and Island Golf Properties Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang sementara Cheah ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.
Topic Berkaitan
#calon PKR
#Mohamed Azmin Ali
#Pilihan Raya Negeri Sarawak
#PRN
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan