awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR pecat ADUN Inanam

Bernama
Bernama
30/07/2020
13:42 MYT
PKR pecat ADUN Inanam
PKR memecat ADUN Inanam, Kenny Chua Teck Ho berkuat kuasa serta-merta selepas didakwa bersama kumpulan Tan Sri Musa Aman. - Gambar Facebook/Kenny Chua
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Kenny Chua Teck Ho berkuat kuasa serta-merta selepas didakwa bersama kumpulan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kasim, dalam kenyataan hari ini, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat pengesahan daripada Majlis Pimpinan Negeri Sabah tentang keberadaan Chua dalam blok yang didakwa berusaha menjatuhkan kerajaan negeri Sabah itu.
"Mengambil kira pendirian PKR bahawa pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak boleh dibenarkan berlaku, maka Lembaga Disiplin mengumumkan bahawa Kenny Chua Teck Ho dipecat daripada PKR berkuat kuasa serta-merta," katanya.
Hari ini, Musa berkata beliau layak dilantik sebagai Ketua Menteri selepas mendakwa mendapat sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membentuk kerajaan baharu negeri.
Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi membuka laluan kepada pilihan raya negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adun Inanam
#Ahmad Kasim
#Kenny Chua Teck Ho
#Lembaga Disiplin PKR
#Musa Aman
#Parti Keadilan Rakyat
#pecat
#PKR
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan