awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR Permatang Pauh terkejut, sedih Nurul Izzah letak jawatan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
17/12/2018
11:40 MYT
PKR Permatang Pauh terkejut, sedih Nurul Izzah letak jawatan
DR AFIF: Apa yang penting sekarang ialah bukan soal siapa akan menggantinya tetapi untuk berbincang, kenapa Nurul Izzah membuat keputusan sedemikian. - BERNAMA/Fail
Cabang PKR Permatang Pauh terkejut dan sedih dengan pengumuman peletakan jawatan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, sebagai Naib Presiden PKR dan jawatan-jawatan lain dalam parti.
Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh, Dr Afif Bahardin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan Nurul Izzah adalah berpunca daripada rentetan rasa tidak puas hati dan kekecewaan terhadap halatuju parti dan senario politik dalaman semasa.
"Kami ingin menyeru terutamanya kepada kepimpinan tertinggi parti untuk mengambil langkah proaktif dalam membentuk semula kesepakatan dan keyakinan anggota kepada parti pasca Pemilihan PKR 2018.
"Kepimpinan tertinggi parti perlu mengambil pendekatan inklusif, berlapang dada dan penuh hikmah demi memastikan kelangsungan perjuangan Reformasi dan Keadilan," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
BACA: 'Saya tidak tahu mengapa Nurul Izzah letak jawatan' - Tun M
VIDEO: 'Saya akan cuba bercakap dengan Nurul Izzah' - Azmin Ali
Dr Afif berkata, keputusan Nurul Izzah itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan anggota parti memandangkan jawatan yang disandangnya bukannya dilantik, sebaliknya beliau dipilih oleh anggota parti.
Sehubungan itu, pihaknya mahu Nurul Izzah yang baru dilantik sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang semalam, memberi penjelasan berhubung tindakannya melepaskan semua jawatan parti.
"Apa yang penting sekarang ialah bukan soal siapa akan menggantinya tetapi untuk berbincang, kenapa Nurul Izzah membuat keputusan sedemikian. Kenapa YB, selaku Naib Presiden yang bukan dilantik tetapi telah memenangi pemilihan tahun ini, mengambil keputusan ini," kata Dr Afif.
Nurul Izzah dalam satu kenyataan hari ini, mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.
Katanya, keputusan itu sudah pun dimaklumkan kepada kepemimpinan tertinggi parti.
Menurut kenyataan itu, katanya beliau hanya mahu berkhidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh tanpa terikat dengan jawatan parti.
Beliau juga berkata tidak akan memegang sebarang jawatan dalam Kerajaan Persekutuan dan menyerahkan kepada parti untuk menentukan peranannya di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kerajaan Pulau Pinang.
Semalam, PKR mengumumkan pelantikan Nurul Izzah sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang yang baharu menggantikan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman.
Topic Berkaitan
#berita politik
#Dr Afif Bahardin
#Nurul Izzah
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan