KUALA LUMPUR: Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
MPN PKR Sabah menerusi kenyataan hari ini memaklumkan mereka mencadangkan agar tumpuan diberikan kepada program pembasmian kemiskinan supaya ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu dapat dijayakan.
"Kami juga mencadangkan usaha memberikan dokumentasi kepada rakyat dapat dilakukan secara telus yang tentunya melibatkan kerjasama strategik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta agensi," menurut kenyataan itu.
Selain itu, mereka juga mencadangkan kerjasama politik lebih erat antara parti komponen perpaduan bagi persiapan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang supaya keadaan kestabilan politik dapat dikekalkan.
MPN PKR Sabah memaklumkan pertemuan dengan Anwar yang juga Presiden PKR selama sejam itu, turut membincangkan pelbagai isu termasuk pembangunan negeri, keadaan semasa politik Sabah dan program merancakkan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat.
"PKR Sabah komited untuk memastikan bahawa suara rakyat Sabah didengari dan tindakan segera yang efektif dapat diambil untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh warga negeri ini.
"PKR Sabah juga menyambut baik jaminan Presiden yang akan memastikan bahawa Sabah terus mendapat perhatian kerajaan Persekutuan untuk memastikan rakyat terus mendapat manfaat daripada nikmat pembangunan dan perpaduan," menurut kenyataan itu.
Pertemuan itu dihadiri kesemua barisan kepimpinan MPN PKR Sabah termasuk Pengerusinya Datuk Dr Sangkar Rasam, sayap Angkatan Muda dan Wanita Sabah selain turut dihadiri Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan dan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi.
Turut hadir ialah 26 Ketua Cabang PKR Sabah antaranya Ketua Cabang PKR Kota Belud Datuk Mustapha Sakmud merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Pertemuan Anwar dengan MPN PKR Sabah berlangsung selama sejam.
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Dalam talkshow di #AgendaAWANI 8.30 malam semalam kita kupas panjang lebar pasal ‘Musim Pokok Tumbang’…
Ramai netizen tanya benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Haa… Ini jawapannya.
#KLBandarUntukSemua
Ramai netizen tanya benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Haa… Ini jawapannya.
#KLBandarUntukSemua
Bilik guru Sekolah Agama Rakyat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan Sekolah Agama Rakyat kelas A berkeluasan 70x15 terbakar di bahagian bilik guru.
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.