Skip to main content

Politik

PKR sedang muktamadkan senarai calon bertanding PRN Melaka - Ramanan

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berucap pada Majlis Perasmian Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp di Bangsar South hari ini. - fotoBERNAMA
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berucap pada Majlis Perasmian Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp di Bangsar South hari ini. - fotoBERNAMA

Advertisement

Ringkasan AI

  • PKR sedang memuktamadkan senarai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November ini.
  • Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan, berkata pengumuman calon dijangka dibuat dalam dua atau tiga minggu lagi.
  • PRN Melaka 2021 menyaksikan Barisan Nasional memenangi 21 kerusi, Pakatan Harapan lima, dan Perikatan Nasional dua kerusi.

KUALA LUMPUR: PKR sedang memuktamadkan senarai calon parti itu yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 Nov ini.

Naib Presiden PKR Datuk Seri R. Ramanan berkata pengumuman calon yang mewakili parti itu mungkin dibuat dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

“Setakat ini, kita dalam proses untuk memuktamadkan calon-calon yang bakal bertanding di Melaka,” katanya ketika mengulas persediaan PKR menghadapi PRN Melaka selepas Majlis Perasmian Minggu MyBakat anjuran Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) di sini hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 Nov ini sebagai hari pengundian PRN Melaka ke-16 manakala 31 Okt bagi penamaan calon dan undi awal pada 10 Nov.

PRN Melaka pada 2021 menyaksikan Barisan Nasional menguasai 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan untuk membentuk kerajaan negeri manakala Pakatan Harapan memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional mendapat dua kerusi.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement