awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR sedia dengar suara pimpinan, ahli pastikan tiada dipinggirkan - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
21/11/2023
10:21 MYT
PKR sedia dengar suara pimpinan, ahli pastikan tiada dipinggirkan - Nik Nazmi
Nik Nazmi menegaskan parti itu tidak pernah mengetepikan mana-mana kaum atau mengutamakan kaum tertentu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia untuk mendengar suara mana-mana pimpinan atau anggota bagi memastikan tiada pihak yang berasa dipinggirkan.
Hal itu susulan laporan media baru-baru ini berhubung seorang wakil rakyat PKR, yang enggan mendedahkan identitinya, berharap supaya kongres parti itu hujung minggu ini akan membincangkan peranan pemimpin bukan Melayu dalam parti berkenaan.
Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau mengambil maklum mengenai harapan berkenaan selain parti itu tidak pernah mengetepikan mana-mana kaum atau mengutamakan kaum tertentu.
"Saya faham sentimen itu sebab PKR ini parti nasional yang ada keanggotaan dan kepimpinan pelbagai kaum, kalau dalam kabinet...timbalan menteri pun kita ada dari masyarakat Tionghua (Cina), kita ada dari masyarakat India, timbalan menteri kita ada dari Sabah.
"... jadi saya faham pandangan tersebut tetapi kita juga kena faham bahawa ini bukan kerajaan Pakatan Harapan, ini Kerajaan Perpaduan yang mana ada pelbagai pertimbangan perlu diambil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan kerajaan yang stabil dapat dibentuk selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-15 lepas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Inisiatif Tenaga Solar Fotovoltan (PV) Indah Water Konsortium (IWK) di Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Pantai 1 IWK di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#suara pimpinan
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan