awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR yakin Pas akan buat keputusan atas semangat perikatan Pembangkang

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2017
13:54 MYT
PKR yakin Pas akan buat keputusan atas semangat perikatan Pembangkang
Mohamed Azmin berkata usul dan pandangan berkenaan dibuat oleh segelintir ahli Pas namun beliau yakin pimpinan Pas akan membuat keputusan itu dengan mengambil kira kepentingan perjuangan Pas sebenar. -Gambar fail
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali percaya pimpinan Pas akan membuat keputusan mengenai usul Dewan Ulama Pas yang mahu menamatkan hubungan tahaluf siyasi antara PAS dan PKR atas semangat perikatan Pakatan.
Mohamed Azmin berkata usul dan pandangan berkenaan dibuat oleh segelintir ahli Pas namun beliau yakin pimpinan Pas akan membuat keputusan itu dengan mengambil kira kepentingan perjuangan Pas sebenar.
Ujarnya, setakat ini PKR masih lagi menunggu keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu berkenaan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
Justeru, beliau berkata, tidak perlu membuat sebarang spekulasi mengenai pendirian Pas yang mahu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
“Kita tak boleh buat spekulasi, sebaiknya tunggulah Majlis Syura buat keputusan rasmi.
“Keputusan yang diambil nanti akan mengambil kira semua pihak,” kata Mohamed Azmin.
Ditanya mengenai nasib barisan Exco dari Pas di Selangor, Mohamed Azmin berkata sebarang keputusan mengenai kedudukan mereka hanya akan diputuskan selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan rasmi mengenai usul tersebut.
Pada 27 April lepas, Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat sebulat suara meluluskan usul supaya tahaluf siyasi antara PAS dan PKR ditamatkan.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bagaimanapun berkata keputusan usul itu tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan perlembagaan PAS.
Mohamed Azmin berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas mengenai keputusan Dewan Ulama Pas yang mahu menamatkan hubungan tahaluf Siyasi dengan PKR selepas Majlis Perasmian Konvensyen PKR Pulau Pinang 2017 di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Sabtu.
Hadir sama Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
#PAS
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan