awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan minat belian baharu
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar adakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen BN

Bernama
Bernama
11/07/2025
13:30 MYT
PM Anwar adakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen BN
Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan isu semasa termasuk mengenai sidang Parlimen yang akan datang. - Gambar fail/seriperdana.gov.my
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini malam ini.
Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan isu semasa termasuk mengenai sidang Parlimen yang akan datang.
Terdahulu, kelihatan beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) mula memasuki pekarangan Kompleks Seri Perdana dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba pada jam 7.20 malam.
Ia disusuli oleh kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada jam 7.40 malam.
Pengamal media telah 'berkampung' sejak jam 7 malam bagi mengikuti perkembangan mengenai perjumpaan itu.
Mesyuarat yang berlangsung lebih sejam itu berakhir kira-kira 9.20 malam.
Kenderaan membawa Anwar meninggalkan kawasan berkenaan pada jam 9.34 malam, diikuti Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, seminit kemudian.
Bagaimanapun, cubaan pengamal media untuk mendapatkan reaksi atau maklum balas daripada Ahli Parlimen yang menghadiri mesyuarat itu tidak berhasil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Parlimen
#Seri Perdana
#MPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan