awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ke-9: UMNO harap kerajaan baharu pastikan kestabilan politik dicapai sebelum PRU15

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2021
14:00 MYT
PM ke-9: UMNO harap kerajaan baharu pastikan kestabilan politik dicapai sebelum PRU15
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan itu diharap akan memastikan kesejahteraan, kemaslahatan dan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: UMNO berharap pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia ke-9 dapat menterjemahkan hasrat parti untuk membawa aspirasi rakyat menangani pandemik COVID-19.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada masa sama berkata, pelantikan itu diharap akan memastikan kesejahteraan, kemaslahatan dan keselamatan mereka sentiasa menjadi keutamaan.
"Ini selaras dengan titah saranan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga mahu suatu permuafakatan dan kerjasama di kalangan Ahli-Ahli Dewan Rakyat dapat dilakukan dengan mengakhiri segala kemelut politik demi kepentingan rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA: Agong perkenan lantik Ismail Sabri sebagai PM ke-9
Pada masa sama, katanya kerajaan baharu ini juga diharap akan berusaha memastikan kestabilan politik dapat dicapai bagi suatu tempoh munasabah sebelum memungkinkan diadakan Pilihan Raya ke-15 untuk diserahkan kembali mandat mutlak kepada rakyat.
UMNO turut merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang telah memberikan kepercayaan kepada Ismail Sabri untuk diperkenankan pelantikannya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Perdana Menteri Malaysia ke-9.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ismail Sabri PM ke-9
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera itu sebagai menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#ismail sabri yaakob
#Malaysia
#pandemik
#Parlimen
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#PM
#UMNO
#Yang di-Pertuan Agong
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan