awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN Perak belum putuskan ketua pembangkang

Sinar Harian
Sinar Harian
22/11/2022
04:39 MYT
PN Perak belum putuskan ketua pembangkang
Razman Zakaria berkata, segala keputusan berkenaan akan dibuat dalam mesyuarat pada satu tarikh yang diputuskan kelak. -Foto Sinar Harian
IPOH: Perikatan Nasional (PN) Perak belum memutuskan siapakah akan mengepalai ketua pembangkang negeri itu selepas ini.
Timbalan Pengerusi PN 1 Perak, Razman Zakaria berkata, segala keputusan berkenaan akan dibuat dalam mesyuarat pada satu tarikh yang diputuskan kelak.
"Kita tak tahu (ketua pembangkang Perak). Biarlah mesyuarat akan menentukan nanti," ujarnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Ditanya sama ada wakil PN atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipilih sebagai ketua pembangkang, Razman juga menyerahkan kepada mesyuarat pucuk pimpinan.
Sementara itu, diminta mengulas gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan negeri Perak semalam, Razman menyatakan mereka tetap berpegang kepada prinsip perjuangan.
"Terpulang kepada UMNO yang bergabung dengan PH, kami tetap ada prinsip," katanya.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diumum pada Sabtu menyaksikan PH berjaya memenangi 24 kerusi dan BN sembilan kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 26 kerusi.
Selepas PRU14 lalu, pentadbiran kerajaan Perak yang diwakili 59 kerusi DUN telah bertukar sebanyak tiga kali. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#Razman Zakaria
#PRU15
#Ketua Pembangkang Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan